Jutawan wanita sanggup makan makanan kucing dalam tin gara-gara berjimat

MAKAN makanan kucing? Ya, itu yang terjadi kepada seorang wanita dalam usaha untuk berjimat.

Lapor portal Daily Mirror, wanita tersebut digelar ‘jutawan termurah di dunia’ kerana dia lebih gemar makan makanan kucing dalam tin berbanding tuna dalam usaha pelik untuk menjimatkan wang.

Aduhai jimat ke kedekut tu?

Bintang siri realiti televisyen Extreme Cheapskates, Aimee Elizabeth dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu khabarnya mempunyai nilai kekayaan bersih lebih AS$5.3 juta (RM23.14 juta).

Bagaimanapun, dia lebih sanggup menjimatkan wang dengan membeli makanan kucing dalam tin kerana ia lebih murah daripada membeli tuna dalam tin untuk menjadi makanannya.

Salah seorang rakan Elizabeth memberitahu dalam rancangan TLC, pernah satu ketika itu dia ke rumah Aimee dan menawarkan untuk makan tengah hari.

Baca juga 4 destinasi tarikan si bulus, pengunjung siap boleh sumbang dana untuk keperluan kucing memerlukan

kucing
Gambar fail.

Ujarnya, Aimee membuatkan sandwic tuna namun ketika dia makan, didapati makanan itu sedikit hanyir.

Namun ketika itu dia terpandang ke atas meja hanya ada tin makanan kucing yang kosong.

“Jadi saya berkata, tentu. Dia membuatkan saya sandwic tuna. Semasa saya makan sandwic, saya berfikir, ini (sandwic) hanyir sedikit, apakah ini?

Iklan

Baca juga Tak penuhi ‘hajat’ suami 2 kali sehari kerana penat, pelakon dibelasah hingga berlumuran darah

“Kemudian saya melihat di atas meja dan saya perhatikan terdapat tin makanan kucing yang kosong,” katanya.

Dalam pada itu, dia berkata kepada dirinya bahawa Elizabeth mungkin tidak menggunakan makanan kucing dalam tin ketika membuat sandwic untuknya.

Iklan

Namun, Elizabeth yang merupakan seorang penulis mengaku bahawa tin makanan kucing adalah AS$0.30 sen (RM1.31) lebih murah daripada tin ikan untuk manusia. – Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.