KEMATIAN husnul khotimah, seorang imam di Masjid Al Ula, Kampung Baru, Balikpapan Barat, Kalimantan Timur, Indonesia dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan sujud.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, memaparkan lelaki itu sedang mengimamkan solat subuh dalam keadaan baik.

Namun, ketika sujud dilihat imam berkenaan mengambil masa agak lama untuk bangun dan secara tiba-tiba rebah.

Baca juga:Sempat tunai hajat anak, wartawan kritikal di London meninggal dunia, sel kanser merebak seluruh badan

Salah seorang jemaah menyedari kejadian tersebut terus bertindak menggantikan tugas imam terbabit.

Selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, pemergian Andi Syamsul Bahri turut dicemburui oleh para pengikut di media sosial.

“Salam takziah,” keptendarat.

“Masya-ALLAH, begitu indah beliau pulang. Insya-ALLAH syurga menantinya,” Dya Fid.

“Sungguh indah cara Ya ALLAH memanggil hamba Mu,” Gifa.

“Ya ALLAH, meninggal dengan cara yang dirindukan setiap muslim,” Ima.

“Semoga dapat menjadi contoh teladan kepada kami,” Fira.

Iklan

Baca juga: Ibu meninggal dunia, Khai Bahar titip luahan pilu

Terdapat 10 keadaan yang menjadi tanda-tanda seseorang beroleh husnul khatimah seperti berikut:

-Mati pada hari atau malam Jumaat.
-Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
-Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Baca juga:Pergi selamanya, penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada usia 85 tahun
-Diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT dan beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.
-Berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan ALLAH SWT.
-Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
-Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan ALLAH SWT.
-Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.
-Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.
-Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Iklan

Marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang