IMPIAN untuk membeli kereta idaman bukannya mudah untuk dicapai, lebih-lebih lagi harga kenderaan jenama luar negara tersebut bukanlah murah.

Untuk membeli kereta yang diimpi-impikan, usaha itu memerlukan simpanan yang banyak dan memakan masa bertahun-tahun.

Pun begitu, tidak dinafikan ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman bank untuk membeli kereta idaman dan sanggup menanggung hutang secara bulanan.

simpanan syiling

Namun, lain pula kisah penuh inspirasi seorang peniaga jalanan di bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Mana tidaknya, tindakan Asriadi Syamsuddin bersama isterinya yang membawa beberapa botol air mineral penuh berisi duit syiling ke pusat jualan kereta membuatkan ramai terpegun.

Kecoh jugalah di pusat jualan kereta tersebut apabila jurujual bergotong-royong mengira duit syiling yang dibawa untuk membeli kenderaan idaman.

Masa yang diambil juga agak lama kerana duit syiling yang dibawa lebih jutaan rupiah yang dibuka daripada sembilan botol air mineral.

simpanan syiling

Bukat setakat duit syiling, duit kertas dengan nilai 2,000 rupiah (58sen) juga disimpan di dalam tiga kotak yang dibawa.

Lapor suara.com, impian lelaki tersebut yang mahu membeli sebuah Toyota Rush akhirnya tercapai apabila sebanyak 271 juta rupiah (RM79,265.94) berjaya dikumpul lebih empat tahun.

Baca juga [VIDEO] Wow! Wanita guna syiling beli motosikal, hasil menabung lima tahun

Memetik kata Asriadi, hasil tabungan duit syiling sejak tahun 2018 itu dikumpul sedikit demi sedikit sehingga menjadi jutaan rupiah.

“Saya berniaga di tepi jalan dan duit syiling yang diterima daripada pelanggan, saya simpan dalam botol mineral. Memang niat mahu beli kereta sendiri.

Iklan

simpanan syiling

“Untuk ke pusat jualan kereta, saya terpaksa pinjam kereta jiran kerana perlu mengangkut botol air mineral yang berat,” katanya.

Rata-rata warganet kagum melihat kesungguhan lelaki tersebut yang begitu tegar mengumpul duit lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19.

Baca juga Lelaki beli kereta guna syiling RM33,000, 20 staf ambil masa 3 jam untuk hitung

Iklan

Pada saat orang kesempitan hidup, peniaga jalanan itu mampu menyimpan wang yang banyak demi merealisasikan hasrat yang satu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Betullah pepatah lama, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hanya bermula duit syiling, simpanan boleh menjadi berlipat kali ganda jika kita konsisten menyimpan tanpa gagal.

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh kita contohi dan belajar menabung bermula daripada sekarang.

Mudah-mudahan simpanan yang terkumpul boleh membantu ketika saat mendesak. #kitalaluibersama