KISAH bekas pelajar dan guru di Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia baru-baru ini viral selepas pasangan tersebut selamat diijabkabulkan.

Perbezaan usia lima tahun tidak menjadi penghalang buat Aldi Saputra Prasetiawan, 21, memiliki Putri Dariani, 26, sebagai isterinya yang sah.

Sementelah hubungan tersebut turut mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.

Kisah pasangan tersebut meraih perhatian ramai selepas video mereka melangsungkan perkahwinan dikongsikan menerusi laman TikTok.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

Dalam rakaman itu, suami isteri tersebut tampil segak dan cantik dalam persalinan busana pengantin rona biru.

“Perbezaan usia tidak memudarkan cinta si lelaki. Selepas menunggu selama lima tahun, akhirnya si lelaki memberanikan diri melamar gurunya dengan perjuangan yang tidak mudah,” demikian menurut keterangan di dalam video berkenaan.

Menurut laporan portal berita Wolipop, pelajar berkenaan dikatakan jatuh cinta dengan gurunya sejak mula mereka bertemu.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

KOMITMEN DAN KEGIGIHAN

Iklan

Wolipop berkesempatan menemu bual Putri Dariani yang merupakan guru ko-kurikulum tarian sejak 2016.

Menurut Putri, mereka mula kenal sejak 2017 dan kemudian mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 3 Mac lalu.

“Komitmen dan kegigihan yang ditunjukkan Aldi yang terus berusaha melamar saya membuatkan saya menerima beliau sebagai suami.

Iklan

“Perjuangan beliau untuk memperisterikan saya walaupun gajinya hanya 1.8 juta rupiah (RM527) hingga ke tahap ini bagaikan satu pencapaian,” jelas Putri lagi.

Untuk rekod, Putri kini masih lagi bergelar guru sekolah manakala suaminya, Aldi merupakan seorang pengendali mesin forklift.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.