Magawa berjaya kesan lebih 100 periuk api dan diberi penghargaan pingat emas, ini kisah tikus pengesan bom popular di Kemboja

LAZIMNYA, tikus dianggap sebagai haiwan perosak yang kalau boleh, mahu dihapuskan jika terjumpa di depan mata.

Ini kerana sifat binatang mamalia tersebut yang suka merosakkan harta benda dan mencemarkan makanan juga dikhuatiri menjadi ejen pembawa penyakit yang berbahaya kepada manusia.

Pun begitu, memiliki kelebihan deria sentuhan, bau dan pendengaran yang cukup hebat, membuatkan sekumpulan tikus di Kemboja diberi tugas cukup luar biasa.

Antara tikus yang menarik perhatian ramai iaitu Magawa iaitu tikus seekor jenis Tanzanian-born African giant pouched yang dilatih untuk mengesan bom.

Magawa yang dilahirkan di Tanzania, Afrika Timur pada tahun 2014 diterbangkan khas ke Siem Reap, Kemboja pada tahun 2016 untuk memulakan ‘kerjayanya’.

Iklan
Iklan

Baca juga Varian Omicron berasal daripada tikus jangkiti manusia, 6 fakta berkaitan

Lapor npr.org, Magawa diajar untuk mengenal pasti kawasan yang dipenuhi periuk api dan memberi isyarat kepada pengendali supaya periuk api dapat dialihkan dengan selamat.

Dalam tempoh empat tahun, Magawa dikatakan lebih menonjol kerana berjaya membersihkan kawasan seluas 2.4 juta kaki persegi dan  menemui lebih 100 bahan letupan.

Kehebatan Magawa juga diiktiraf dunia apabila penerima penghargaan tertinggi daripada kerajaan Britain pada tahun 2020.

Siapa sangkakan? Haiwan perosak sedemikian menerima pengiktirafan daripada manusia, malah membawa pulang pingat yang diperbuat daripada emas.

Baca juga Gara-gara sorok daripada isteri, lelaki berputih mata duit puluhan ribu digigit tikus

Apa yang melucukan, saiz pingat yang diberikan cukup minimalis dan sesuai dengan badannya.

Memetik laporan tersebut, sepanjang tempoh 77 tahun, anugerah berprestij berkenaan buat pertama kali dalam sejarah diberikan kepada seekor tikus!

Sebelum ini, anugerah sama hanya diberikan kepada anjing polis dan awam sahaja.

Menurut laporan itu lagi, idea menggunakan tikus sebagai bahan uji kaji untuk mengesan bahan letupan dikatakan lebih berjaya dan sangat murah.

MAGAWA ‘PERGI’

Projek HeroRat yang dijalankan organisasi bukan berasaskan keuntungan, OPPO berjaya menggunakan kaedah terbaik mengesan periuk api di negara terjejas.

Tikus terlatih terbabit juga bijak mengesan bau bahan letupan dalam kawasan sejauh 200 meter persegi.

Tidak hanya itu, faktor pantas bergerak dan saiz yang ringan tidak menjejaskan bom yang sensitif pada pergerakan membolehkan Magawa mengesan bahan letupan dalam masa 30 minit sahaja.

Menariknya, hanya buah-buahan sebagai upahnya dan antara makanan kegemaran Magawa ialah pisang.

Pun begitu, apa yang menyedihkan, Magawa dilaporkan mati ketika berusia lapan tahun baru-baru ini, selepas dikatakan kurang selera makan dan tidak aktif bermain seperti biasa.

Baca juga Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak

Setahun sebelum itu, tikus berkenaan sudah ‘bersara’ sebagai skuad bom.

‘Kehilangannya’ mengundang sebak ramai orang kerana dipercayai berjaya menyelamatkan nyawa kerana menemukan ratusan periuk api.

Laporan portal itu juga menyebut, sumbangan Magawa membolehkan komuniti setempat dapat meneruskan hidup, bekerja dan bermain tanpa rasa takut.

Ini kerana masih banyak lagi periuk api yang tertanam di seluruh kawasan Kemboja atau lebih spesifik, hampir 6 juta bom masih belum ditemui.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seram juga apabila tanah lapang atau kawasan hutan masih diancam periuk api yang ditinggalkan ketika zaman perang.

Mungkin lebih banyak lagi tikus seperti Magawa dilatih untuk ‘membersihkan’ kawasan hutan dan penempatan penduduk di Kemboja atau negara lain yang masih diancam bom.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

1 hour ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

1 day ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

1 day ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago