Model hijab terkenal, Halima Aden ucapkan selamat tinggal kepada dunia peragaan

BAGI mereka yang berhijrah untuk mengenali Sang Pencipta, tiada sekelumit pun rasa menyesal untuk meninggalkan apa yang mereka paling sayang.

Itulah harga yang sanggup dibayar oleh mereka yang ingin melakukan transisi ke arah kebaikan.

Barangkali hati individu tersebut telah disinari dengan hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT sehingga nekad melakukan semata-mata kerana-NYA.

Demikianlah pengorbanan yang dilakukan oleh model fesyen Muslimah terkemuka, Halima Aden. Beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia peragaan, lapor portal antarabangsa, The Guardian

Iklan
Iklan
baru-baru ini.

Artikel itu antara lain turut menyebut, supermodel berkenaan nekad berbuat demikian untuk agama Islam yang dianutinya.

Halima mengakui, gara-gara jadual kerjanya yang padat, adakalanya menyebabkan dia ‘terbabas’ menunaikan kewajipannya paling utama iaitu untuk menunaikan solat.

Jelasnya lagi, ada masa-masa tertentu kepalanya terpaksa ditutup dengan seluar jeans sebagai pengganti selendang untuk menutup auratnya.

“Saya hanya menyalahkan diri sendiri kerana melebihkan peluang berbanding dengan apa yang sepatutnya saya pertahankan (kewajipan sebagai seorang Muslim),” katanya melalui laman Instagramnya yang dipetik oleh The Guardian.

Dalam satu lagi catatan lain, Halima, 23, turut mendedahkan bahawa ibunya sudah lama meminta dirinya supaya meninggalkan bidang yang dilimpahi wang dan popular itu.

“Terima kasih kepada Covid-19 dan implikasinya kepada industri akhirnya membuatkan saya sedar bahawa saya salah dalam menempuh perjalanan sebagai Muslimah yang berhijab (yang tidak menjaga tuntutan agama dengan sebaiknya),” katanya.

Dalam pada itu, menurut laporan bbc.com, Halima menjelaskan, masalah juga timbul kerana kekangan dalan industri berkenaan iaitu kurangnya penata rias wanita Muslimah yang memahami kepentingan memakai hijab.

Begitupun, katanya, keputusan yang diambilnya itu bukanlah bermakna beliau terus keluar daripada bidang berkenaan.

Selepas ini, model wanita yang dilahirkan di kem pelarian Kenya yang berasal dari Somalia itu akan mengenakan syarat bagi pekerjaannya pada masa akan datang.

“Jika tudung saya tidak dapat dilihat, saya tidak akan mucul,” kata beliau yang turut mengepilkan gambar dirinya mengenakan hijab menutupi dada dan bahunya.

Keputusan Halima itu turut mendapat sokongan daripada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor.

“Kerana hati berada di antara jari-jari ALLAH. DIA mengubah mereka mengikut cara yang dimahukan.

“Adikku yang dikasihi @Halima, semoga ALLAH sentiasa memberi anda kekuatan dan keberanian yang luar biasa ini untuk membuat anda terus maju. ALLAH MAHA BESAR. Allahuakbar

,” tulisnya di Instagram miliknya baru-baru ini.

Untuk rekod, Halima berpindah ke Amerika Syarikat bersama ahli keluarganya pada usia tujuh tahun dan menetap di St Louis, Missouri.

Ketika usianya 19 tahun, beliau membuat debut pertamanya dalam bidang modeling pada Minggu Fesyen New York pada tahun 2017 sebagai semi finalis.

Dua tahun kemudian, Halima menjadi model pertama memakai hijab dan pakaian renang (burkini) Muslimah.

Beliau juga merupakan duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2018.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Halima dan semua insan yang ingin melakukan hijrah.

Sumber & Foto: The Guardian, bbc.com & Instagram Neelofa dan @Halima

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

‘Sabtu ni sepatutnya arwah nikah…’ Ayah pelakon Fazren Rafi meninggal dunia

PELAKON  Fazren Rafi berkongsi berita duka, ayah tersayang meninggal dunia. Perkara tersebut dimuat naik beliau…

6 mins ago

‘Itu kenderaan kami ada, duit dalam poket RM12 je.’ Pakai alat bantuan pernafasan naik motor ke hospital, kisah keluarga ini meruntun hati

TULAR dalam media sosial seorang bayi yang memakai alat bantuan pernafasan dilihat menaiki motosikal bersama…

49 mins ago

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

18 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

18 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

19 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

20 hours ago