Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

ANAK adalah penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Benarlah bahawa kanak-kanak ibarat kain yang putih, kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab ‘mencorakkan’ mereka.

Kanak-kanak berhak disayangi dan diberikan perhatian. Ibu bapa dan orang disekeliling berperanan memastikan keselamatan anak kecil walau di mana sahaja mereka berada.

Ironinya, apa yang berlaku ibarat harapkan pegar, pegar makan padi.

Seperti yang berlaku di Las Vegas ini yang mana seorang ibu terpaksa menerima kenyataan anak bongsunya pergi buat selama-lamanya di tangan kekasih hati.

Lebih menyedihkan, mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam peti sejuk di rumah mereka selepas dipisahkan secara paksa oleh teman lelaki ibunya sejak 11 Disember lalu.

Iklan
Iklan
Mason bersama ibu dan kakak. Bapanya telah meninggal dunia pada 2019 kerana jangkitan paru-paru.

Baca juga: Sampai hatimu ibu! Demi kekasih, anak 3 tahun ditinggalkan seminggu maut

Dek kerana tidak tahan didera dengan kejam oleh teman lelaki yang tinggal bersama, si ibu menghantar sekeping nota merayu untuk diselamatkan melalui anak perempuannya ketika ke sekolah.

Nota tersebut diterima guru sekolah dan kemudian diserahkan kepada polis.

Polis kemudian bertindak menyerbu kediaman mereka dan menjumpai mayat, Mason Dominguez, 4, dipercayai telah disimpan di dalam peti sejuk beku itu sejak enam minggu lalu.

Kekasih ibu yang berhati binatang, Brandon Toseland, 35, bertindak kejam menyimpan mayat anak teman wanita di dalam peti sejuk di bahagian garaj.

Baca juga: [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

“Nota itu menunjukkan bahawa ibu itu didera dan diperlakukan di luar kehendaknya. Dia juga menyatakan tidak mengetahui keberadaan anak lelakinya,” kata Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas Lt. Ray Spencer kepada pemberita NBC.

Menurut polis, apabila penyiasat sampai ke rumah mangsa di Saddle Brook Park Drive, perkara pertama yang diminta ibu itu ialah mencari anak lelakinya yang dikhuatiri mati.

Toseland menghalang teman wanitanya meninggalkan rumah atau memasuki garaj yang menempatkan peti sejuk berkenaan.

Penemuan mengerikan di timur laut Las Vegas itu turut menggemparkan penduduk setempat. Mereka seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Saya pernah melihat Toseland semasa menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah. Dia kelihatan biasa. Bagaimanapun saya tidak pernah teman wanitanya,'”kata Brian Easy.

Lebih menyedihkan, menurut polis mayat Mason didapati mengalami pelbagai kecederaan berkemungkinan telah didera.

Hasil daripada siasatan mendapati Toseland mempunyai dua rekod jenayah lampau memandu dalam pengaruh alkohol dan dadah.

Tidak sanggup rasanya mendengar kekerasan dilakukan kepada kanak-kanak. Pada peringkat pra sekolah mereka memerlukan perhatian dan bantuan keluarga untuk terus membesar dan berdikari.

Semoga kes Mason ini mendapat keadilan sewajarnya dan pelaku diberikan hukuman setimpal.

Baca juga: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: NBC, Daily Mail

Share
Azma ML

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

11 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago