RM8,000 melayang, anak 2 tahun main telefon ibu, bayar barang dalam ‘shopping cart online’

SUDAH menjadi kebiasaan membeli-belah secara atas talian, kebanyakan daripada kita akan menambahkan barangan yang dihajati di dalam troli atau ‘add to shopping cart’ terlebih dahulu.

Tujuannya sama ada menunggu masa sesuai untuk membayar atau ingin berfikir terlebih dahulu. Apatah lagi jika ia membabitkan barangan yang mahal harganya.

Baca juga: Kisah ‘rider’ wanita bawa anak OKU penglihatan hantar makanan jentik hati warganet

Sama seperti seorang ibu di New Jersey, Amerika Syarikat, Madhu Kumar meninjau beberapa perabot di laman web

Iklan
Iklan
Walmart dan menambahkankan item yang berkenan di hati ke dalam trolinya.

Bagaimanapun wanita itu masih belum membayar kesemua item tersebut.

Namun apa yang menghairankan, satu demi satu bungkusan ‘parcel’ barangan itu mula tiba ke rumahnya beberapa hari lalu membuatkan dia keliru siapa membayarnya.

Madhu Kumar, berkata dia bertanya kepada suami dan dua anaknya sama ada mereka telah membeli barangan itu, tetapi mereka menafikannya.

Justeru, ia tidak syak lagi ia ‘suspek utama’ ialah anak lelakinya yang paling kecil, Ayaansh, 2.

Baca juga: Warkah terakhir seorang ibu tular, sebelum meninggal dunia titip pesanan memilukan

Menurut laporan NBC New York, Ayaansh, yang masih belum tahu mengira telah bermain telefon ibunya dan tanpa sengaja memesan barang-barang itu, berjumlah hampir AS$2,000 (kira-kira RM8,373.00).

Antara barangan yang tiba di kediaman mereka ialah kerusi dan pasu hiasan.

“Dia masih kecil, mengira pun masih belum pandai. Kami seperti tidak percaya dia telah memesan semua barangan dalam troli atas talian,” kata Madhu.

Susulan pembelian ‘tanpa sengaja’ itu, keluarga berkenaan merancang untuk menyimpan beberapa barangan sahaja dan memulangkan selebihnya supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik.

Suami Madhu, Pramod Kumar berkata mereka sekeluarga telah belajar satu pelajaran berharga iaitu untuk mengunci telefon bimbit mereka.

“Pengajarannya, kami akan meletakkan kod laluan yang sukar atau pengecaman muka supaya apabila dia megambil telefon kami, ia dalam keadaan terkunci,” katanya.

Baca juga: Video tular di TikTok, peminat pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: NBC News

Share
Azma ML

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

2 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

2 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

3 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

4 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

4 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

7 hours ago