Tebus tiket percuma melalui mesin tikam, ganjaran penerbangan ke destinasi misteri jadi trend di Jepun

BAYANGKAN kalian sedang bermain mesin tikam dan kapsul ganjaran yang diterima ialah tiket penerbangan!

Ini bukan prank semata-mata, tetapi inisiatif unik itu dilakukan oleh sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Jepun, Peach Aviation.

Bagi merancakkan jualan selepas fasa endemik, Peach Aviation mula menjual tiket pada harga bermula 5,000 yen (RM168.13).

Jualan hanya melalui mesin vending yang diletakkan di pusat beli-belah Nagoya Parco di wilayah Sakae.

Lapor mainichi.jp, mesin vending yang dipanggil ‘gacha gacha’ itu menarik perhatian ramai meskipun destinasi pelancongan masih kekal misteri.

Baca juga Nasi kandar sampai ke Jepun, sajian laku keras sampai ramai sanggup beratur panjang

Sebenarnya, Peach Aviation mengendalikan tiket penerbangan antara lapangan terbang Chubu ke empat lokasi domestik.

Empat destinasi tersebut seperti Sapporo dan Sendai di utara Jepun, manakala Okinawa dan Ishigaki di barat daya Jepun.

Ramai yang beranggapan empat tempat tumpuan pelancongan berkenaan menjadi destinasi istimewa yang ditawarkan.

Tidak hanya tiket percuma, nombor siri yang tertulis dalam kapsul itu akan memberikan pelanggan ganjaran mata perbatuan bernilai lebih 6,000 yen (RM201.76).

Baca juga Bagi rumah, elaun bulanan termasuk hadiah wang RM16,000 pun, budak-budak muda Jepun tetap berdegil tak mahu pindah…

Jika bertuah, kapsul berisi ‘lot perjalanan emas’ membolehkan pemenang menerima mata perbatuan tambahan bernilai 30,000 yen (RM1,008.78).

Bukan itu sahaja, misi misteri yang berjaya diselesaikan juga diberikan ganjaran lumayan. Menarik bukan?

Pembayaran juga mudah apabila hanya menggunakan aplikasi PayPay di telefon pintar sahaja.

Baca juga 5 kaedah orang Jepun didik peribadi si kecil. Poin nombor 4 memang perlu diberi perhatian

Percaya atau tidak, selepas skim jualan unik itu dilancarkan sejak Ogos lalu di Osaka dan Oktober lalu di Tokyo, sambutan diberikan memang luar biasa.

Sebanyak 4,800 kapsul berjaya dijual, sekali gus menjadikannya antara produk paling laris di sana.

Memang genius idea seperti itu bukan? Barangkali kaedah sama boleh diimplemenkan di Malaysia.

Mana tahu ramai yang bertuah menerima tiket percuma ke lokasi percutian domestik.

Selain dapat membantu merancakkan kembali sektor pelancongan, industri penerbangan boleh dibangunkan semula.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus.

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI.

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

13 mins ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

58 mins ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

2 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

4 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

6 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

7 hours ago