KETERUJAAN menyambut cahaya mata bertukar duka bagi pasangan ini apabila bayi yang dinanti-nantikan maut dalam keadaan kepala terputus.

Siapa sangka, bayi yang dikandung selama lapan bulan itu dilahirkan tidak bernyawa.

Hiba dan sayu, ibu dikenali sebagai MS, 36, di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia ini bercerita panjang lebar tentang kronologi kelahiran pada pertengahan April lalu.

Berikut kronologi kejadian yang berlaku pada 14 April lalu:

-MS mengalami pecah ketuban pada sekitar jam 03.00 pagi dan mendapati ada tanda-tanda kelahiran. Si ibu kemudian memaklumkan hal itu kepada suami yang kemudian membawanya ke sebuah hospital di Banjarmasin.

-Setibanya di sana, kakitangan hospital memberitahu semua bilik rawatan penuh dan mengarahkan pasangan suami isteri itu untuk dirujuk ke hospital lain di daerah sama.

-MS kemudian membonceng motosikal di tunggang suami ke hospital seterusnya. Sebaik sampai di hospital tersebut, MS diperiksa oleh doktor dan baharu bayinya disahkan dalam keadaan songsang.

Baca juga: Dipaksa bersalin normal, kepala bayi terputus ketika dilahirkan

Baca juga: Bayi pramatang 1.5kg maut klinik cuai tidak letak dalam inkubator, sempat buat content newborn photoshoot tanpa pengetahuan keluarga

Baca juga: Bayi pramatang ajaib ‘terkeluar’ dari rahim ibu maut dihempap lori, hidup, berikut kejadiannya

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Banjarmasin, Komisioner Thomas Afrian menjelaskan, kes penyelewengan terjadi di sebuah rumah sakit

-Menurut MS, doktor bertindak tanpa menerangkan apa yang sedang terjadi. Semuanya berlaku dengan pantas dan seorang pegawai berkata bukaan rahim sudah lengkap.

-Ketika itu, kaki si kecil hampir terkeluar. “Saya masih mengalami kontraksi dan diarahkan meneran,” kata MS.

-Beliau yang berasa letih, meminta kebenaran doktor untuk duduk. Ketika itu juga beliau terkejut melihat tubuh si kecil yang terbaring tanpa kepala.

-Ujar MS, lapan pegawai perubatan di dalam kamar rawatan itu dipercayai panik selepas kejadian.

-Ujar MS, doktor pertama yang bertindak mengeluarkan bayi itu adalah doktor lelaki itu. Kemudian, ada dua lagi wanita dan lelaki membantunya.

-Pada mulanya proses itu ingin dilakukan manual apabila pegawai perubatan itu cuba mengeluarkan kepala bayi yang tertinggal.

-Namun MS mengakui beliau sudah tidak kuat lagi dan kakitangan perubatan mengeluarkannya dengan mengunakan vakum. “Selepas keluar, muka bayi saya senget. Kepalanya biru kerana vakum,” tambahnya.

-Selepas kepala itu dikeluarkan, ia kemudian dijahit kepada badan. Sementara itu MS dipindahkan ke bilik lain.

-Dalam pada itu, MS berkata sebelum bertolak ke hospital beliau dapat merasai bayi dalam kandungannya masih hidup melalui pergerakannya.

-“Keesokannya, selepas satu malam dimasukkan ke hospital, saya diarahkan pulang walaupun masih memerlukan rawatan. Saya menerima banyak jahitan,” ceritanya kesalnya.

-Dari awal pengendalian, MS mengesyaki kelahiran bayinya itu tidak mengikut prosedur operasi standard.

-Pihak keluarga berharap pihak polis dapat menyiasat dengan teliti kes ini.

-Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Penerangan Hospital Banjarmasin, Yan Setiawan dipetik berkata kakitangan pusat perubatan berkenaan telah bertindak mengikut piawaian. Bagaimanapun siasatan sedang dijalankan dan berharap pihak berkenaan menghormatinya.

10 INFO KANDUNGAN SONGSANG

1-Lazimnya doktor akan mendiagnosis kandungan berada dalam keadaan songsang atau breech apabila menjelang minggu ke-36 melalui ujian imbasan. Pengesahan pada waktu ini agak membimbangkan kerana bayi semakin membesar dan agak sukar untuk bergerak dan mengubah kedudukan kepalanya ke bawah.

2-Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.

i-Complete breech

Iklan

Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.

ii.Extended breech

Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.

iii-Footling breech

Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.

3-Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;

  • Kedudukan uri di bawah (placenta previa).
  • Tali pusat pendek
  • Bayi mempunyai kecacatan.
  • Air ketuban terlalu banyak atau sedikit.
  • Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst, fibroid di dalam rahim ibu.
  • Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis.
  • Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.

4-Kedudukan bayi yang songsang boleh diubah dengan cara tertentu bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri. Prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu proses memusingkan kepala bayi ke bawah boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi untuk melihat kedudukan uri, tali pusat dan anggota badan bayi.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

5-Urutan tradisional dilarang sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada uterus, putus tali pusat, uri lekang, tumpah darah, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.

6-Ibu juga boleh berusaha dengan mengamalkan kedudukan bersujud (kedudukan melutut dan kepala direndahkan). Tarikan graviti boleh membantu menggerakkan kepala bayi ke bawah. Kedua-dua cara iaitu prosedur ECV dan bersujud boleh dilakukan namun peratusan berjaya adalah rendah sekiranya tali pusat bayi pendek atau berbelit.

Iklan

7-Tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara normal. Pembedahan Caesarean adalah alternatif utama. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kelahiran normal melalui serviks yang dibolehkan oleh para pakar perbidanan.

8-Berikut faktor yang membolehkan bayi songsang dilahirkan secara normal:

-Bukan bayi pertama dan mempunyai pengalaman melahirkan secara normal.
-Rahim ibu tidak mempunyai parut pembedahan (scar).
-Saiz bayi kurang daripada 3.5kg.
-Ukuran pelvis ibu.
-Tidak melebihi tarikh jangkaan bersalin.
-Bayi dalam keadaan sihat.
-Dipersetujui ibu dan suaminya.

9-Perlu difahami bahawa kelahiran bayi songsang dengan kaedah normal mempunyai risiko komplikasi tali pusat (cord accident) seperti cord prolapse iaitu tali pusat yang terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tali pusat tidak berfungsi dengan baik dan bayi berkemungkinan tidak mendapat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Tali pusat juga boleh menjerut leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas. Risiko tali pusat berpintal juga perlu diambil kira.

10-Selain itu, kedudukan kepala bayi di atas juga boleh menyebabkan ia tersangkut di saluran servis. Hal ini kerana bahagian kepala adalah yang paling besar boleh menyebabkan lemas  (asphyxia) yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian.

Sumber: Tribunbanjarmasin, radarbanjarmasin Jawapos, Portal Berita Kalimantan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!