BIASA kita mendengar kisah jutawan yang mewariskan harta kepada anak dan ahli keluarga. Ibarat menerima ‘durian runtuh’, keturunan dari generasi ke generasi memperoleh habuan daripada hasil kerja keras datuk nenek membina empayar perniagaan.

Namun ahli perniagaan bertaraf jutawan dari Singapura ini mempunyai prinsip berbeza.

Baginya, manusia tidak dilahirkan dengan harta dan tidak boleh membawanya bersama apabila meninggal dunia.

Itulah falsafah ahli perniagaan Singapura yang sudah bersara, Loh Kiong Poot dan ia juga bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Menurut laporan AsiaOne yang dipetik daripada 8world, lelaki berusia 79 tahun itu mendedahkan bahawa dia telah mencagarkan kira-kira SGD$20 juta (kira-kira RM69.3 juta) daripada kekayaan kepada 10 badan amal selepas kematiannya.

Baca juga: 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion

Generated by Midjourney

Loh menambah bahawa dia telah menyiapkan wasiat ketika berusia 50-an. Jumlah itu kini dilaburkan dalam bon, tetapi telah ditetapkan terlebih dahulu kepada 10 benefisiari.

Jutawan ‘self-made‘ itu menjelaskan telah berbuat demikian kerana dia percaya tiga anaknya mempunyai aset yang mencukupi dan semuanya boleh hidup berdikari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa mereka tidak akan dibiarkan hidup tanpa apa-apa begitu sahaja.

“Sudah tentu saya berniat untuk meninggalkan isteri dan anak-anak dengan sejumlah harta,” kata Loh berterus-terang.

Bersara pada umur 47 tahun

Media Singapura melaporkan Loh kerap menderma kepada badan amal sejak tahun 90-an dan menyerahkan menderma SGD$3 juta kepada enam badan amal pada tahun 2022 dan berharap dapat menjadikannya sebagai rutin tahunan.

Beliau malah menderma SGD$500,000 setiap tahun kepada The Straits Times School Pocket Money Fund (STSPMF) sejak 2018 dengan total SGD$2.5 juta secara keseluruhan.

“Jika anda mempunyai lebihan wang, mengapa anda akan terus memegangnya?

“Jika anda boleh menderma dan membantu orang, derma sahaja. Itu prinsip saya,” ujar Loh yang menceburi industri perdagangan pada 1974 dan bersara pada 1990 pada usia 47 tahun.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kepada The Straits Times Loh menceritakan kesukaran hidup yang telah dilalui sebelum menempa kejayaan dalam perniagaan.

Baca juga: Nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri

Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai

Kredit foto: The Straits Times

Loh bergelut untuk menampung kehidupan selepas berhenti sekolah dan melarikan diri dari rumah pada usia 14 tahun walaupun dibesarkan dalam keluarga yang agak berada.

Iklan

Hartawan itu pada mulanya bekerja sambilan sebagai pembantu kedai runcit dengan gaji sekitar SGD$20 sehari sebelum memulakan perniagaan.

Lelaki berusia 79 tahun itu tidak seperti kebanyakan jutawan kerana mengamalkan sikap sederhana dalam berbelanja. Beliau juga hanya menaiki penerbangan kelas ekonomi.

Mereka yang mengenali Loh menyifatkan beliau sebagai seorang yang berjimat cermat dan mengekalkan gaya hidup berprofil rendah. Dia kemudian menggunakan wang simpanan hariannya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau memutuskan untuk bersara apabila merasakan telah memperoleh wang yang mencukupi.

“Saya telah berulang-alik ke Papua New Guinea untuk bekerja selama ini. Apabila saya memutuskan untuk bersara, ia adalah kerana saya merasakan saya mempunyai wang yang mencukupi. Ia juga kerana saya tidak mempunyai pengganti. Saya bimbang jika sekiranya bekerja terlalu banyak, kerugian lebih besar daripada keuntungan,” katanya.

Memberi dan melupakan tanda keikhlasannya. Loh tidak dapat mengingati jumlah yang telah didermakan selama ini. Sikap dermawannya bukan sahaja terkenal di Singapura malah Kemboja, Thailand dan Vietnam.

Apa yang dilakukan Loh ini hampir serupa dengan jutawan Elon Musk. Pemilik jenama Tesla, X dan SpaceX itu mendedahkan 10 orang anak beliau tidak akan mengawal atau mewarisi syarikat miliknya.

Iklan

Musk berkata beliau sudah mengenal pasti dan memilih orang tertentu untuk mengambil alih andai sesuatu berlaku kepadanya.

Kredit foto utama: Pexels

Sumber: Asia One

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!