SINAR PLUS 19 SEPTEMBER 2021
MUNGKIN tempias populariti yang diterima Maya Hejnowska tidak segah jelitawan Miss Universe Malaysia 2021, Francisca Luhong James.
Namun, kecantikan pemilik takhta Ratu Unduk Ngadau 2021 itu nyata setara dan tiada tolok bandingnya.
Sebagai wajah muka depan SinarPlus sempena Hari Malaysia, 16 September lalu, perbualan kami memang terarah bercerita tentang semangat Keluarga Malaysia.
Kepada penulis, Maya memberi hujah yang meyakinkan. Banyak yang dibicarakannya, namun nota paling terkesan yang diungkapkannya adalah buangkan sentimen kenegerian yang masih tersisa bagi sesetengah dalam diri sesetengah orang.
Tidak hanya itu, wanita kacukan Kadazan-Poland yang baru berusia 21 tahun itu juga mendedahkan bagaimana beliau yang merupakan seorang yang kurang yakin, akhirnya menyertai pertandingan Ratu Unduk Ngadau.
Adakah selepas ini Maya bakal bergelar penyanyi atau pelakon? Ingin tahu jawapannya, jangan lupa dapatkan akhbar Sinar Harian menerusi E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.
Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Dos penggalak panjangkan tempoh perlindungan, Buah rambutan sedapkan lagi kuah kari dan Dua beradik mahu pulih daripada kanser limfoma.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang