SINAR PLUS 29 OGOS 2021
ERNIE ZAKRI, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan dalam industri seni tanah air.
Kebolehan, kemampuan, kredibiliti yang dimilikinya tidak boleh dipertikaikan lagi, sementelah kejayaan demi kejayaan yang diraihnya membuktikan beliau bukan penyanyi sembarangan.
Namun, tinggalkan seketika hal tersebut. Sempena sambutan kemerdekaan negara, SinarPlus mengajaknya berdiskusi tentang hari bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia itu.
Kepada penulis, Ernie meluahkan betapa pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia telah mengubah perspektifnya terhadap makna kemerdekaan dan kebebasan.
Beliau juga berkongsi keterujaannya apabila diberi kepercayaan mendendangkan lagu bersifat patriotisme.
Banyak lagi yang dikongsikan oleh anak saudara kepada penyanyi tersohor, Ziana Zain itu kepada penulis. Antaranya bercerita tentang kehidupan baharunya selepas diijabkabul.
Ikuti wawancara eksklusif SinarPlus bersama Ernie istimewa sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-64 yang bakal disambut pada Selasa depan dalam akhbar Sinar Ahad.
Semuanya terjawab dalam akhbar Sinar Harian menerusi E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.
Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Wanita Penghidap PCOS Tak Boleh Hamil, Aura Kemerdekaan Dalam Koleksi Freedom, dan Kenderaan Cegah Virus.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang