10 perkara penting di mahkamah pada hari ke-15 pembunuhan Siti Nur Surya

MASUK hari ke-15 kematian pelajar Tingkatan Enam, Siti Nur Surya Ismail dalam satu pembunuhan kejam di Kampung Lubok Batu, Telemong Hulu Terengganu.

Iklan
Iklan

Akhirnya hari ini, penantian individu terlibat pembunuhan kejam Siti Nur Surya didakwa oleh pihak mahkamah.

Menurut laporan media tempatan;

1. Seorang pelajar perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang, Terengganu hari ini atas tuduhan membunuh kenalannya, Siti Nur Surya Ismail, 19.

2. Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

3. Siti Nur Athirah mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

4. Mengikut kertas pertuduhan, pelajar Tingkatan Enam itu didakwa membunuh Siti Nur Surya di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, pada 1 November lalu antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi.

5. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan tiada jaminan ditawarkan.

Artikel berkaitan: 9 hari selepas pembunuhan Siti Nur Surya…

6. Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

7. Engku Nurul Ain kemudian menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

8. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

9. Siti Nur Athirah yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang, kira-kira jam 9.40 pagi.

10. Beberapa ahli keluarganya termasuk ayah dan ibu dilihat turut berada di pekarangan mahkamah berkenaan dan melambai tertuduh.

Terdahulu, Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri ditemui tertiarap tidak bernyawa oleh adik perempuannya, Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Pergilah abang, sayang dah reda. Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih’- Siti Aisyah

"Lepas ni, bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang. 23 April 2024 hari…

2 hours ago

Tapestri dan naratif seni batik, selami warisan tekstil Malaysia menerusi IKAT 2.0 edisi Pulau Pinang

TAPESTRI secara literalnya adalah kain yang dihiasi dengan gambar atau pola yang kompleks, sering kali…

4 hours ago

Norjuma didakwa atas lima pertuduhan, cederakan tiga individu, lakukan khianat

BEKAS personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed dihadapkan di empat Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan menyebabkan…

4 hours ago

Ensefalitis: Keradangan otak akibat jangkitan. Benarkah gaya hidup atau stres jadi punca? Pakar ini kongsikan penjelasan

SECARA global, dianggarkan sejumlah 1,444,720 kes dan 89,900 kematian dicatatkan akibat ensefalitis atau keradangan otak…

13 hours ago

10 tahun kahwin, Syafiq Yusof dedah rahsia rumah tangga bahagia. ‘Mak ayah nasihat, jaga & setia pada isteri’

MUNGKIN tidak keterlaluan andai dikatakan tahun ini sekali lagi Syafiq Yusof mencipta fenomena menerusi filem…

13 hours ago

Grab diskaun kaw kaw sempena minggu gaji, ini 5 item terbaik dijual pada harga RM25 jer

SEMPENA minggu gaji, Shopee menawarkan pelbagai tawaran harga menarik untuk semua jenama terkemuka di dunia.…

17 hours ago