TAPESTRI secara literalnya adalah kain yang dihiasi dengan gambar atau pola yang kompleks, sering kali digunakan sebagai dekorasi dinding atau perabot di rumah.

Biasanya ia diperbuat daripada kapas, wool atau sutera dan dihasilkan dengan teknik yang khusus untuk menciptakan gambar atau pola yang rumit.

Ia menjadi seni dekoratif penting sepanjang sejarah, digunakan untuk menghiasi istana, gereja atau rumah bangsawan.

Dalam konteks ini, ia sering digunakan sebagai metafora untuk menggambarkan kompleksiti kehidupan atau sejarah.

batik

Seperti tapestri yang terdiri dari banyak benang yang disusun secara kompleks untuk membentuk gambar yang bermakna, kehidupan dan sejarah juga terdiri dari banyak aspek yang berbeza, bersatu membentuk naratif yang lebih besar.

Ini mencerminkan kehidupan dan sejarah yang dibina serta terhasil dari banyak lapisan, peristiwa, serta pengalaman yang saling terkait juga mempengaruhi sesama sendiri.

Tradisi tapestri menjadi simbolik kepada program IKAT 2.0 atau singkatan pengetahuan imersif dan tekstil (immersive knowledge and textile), yang mengetengahkan Batik Pantai Timur Malaysia sebagai satu warisan yang perlu dipelihara, dipulihara dan diperkasa untuk dikenali dan dicintai generasi seterusnya.

ikat 2.0

Sekadar makluman, IKAT 2.0, satu imersif platform yang memfokus kepada kelestarian warisan tekstil Malaysia melalui media baharu dan rakan strategik, melancarkan program selama setahun yang melibatkan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuching, Sarawak.

Melalui usaha berterusan yang mampu memberi nafas baharu, IKAT berhasrat untuk memulihara warisan tekstil, menyemai semangat cinta tradisi dan memperkaya penghargaan terhadap tekstil Malaysia, motif, teknik, serta proses penciptaan dan akhirnya memupuk permintaan yang teguh terhadap khazanah budaya ini.

Khadijatul Azada

Berkonsepkan hab pengalaman tekstil timbul (pop-up), IKAT 2.0 akan menampilkan instalasi imersif, galeri tekstil warisan, bengkel praktikal oleh tukang mahir, ceramah informatif dan pertunjukan fesyen. Bermula di Kuala Lumpur pada Januari 2024, IKAT 2.0 bakal meneruskan pengembaraannya ke Pulau Pinang 27-28 April ini sebelum ke Terengganu pada Julai, dan berakhir di Sarawak pada Oktober nanti.

Menurut Khadijatul Azada yang merupakan pendukung kuat usaha penjenamaan dan pemeliharaan warisan budaya Malaysia itu, setiap edisi menjanjikan tema tersendiri, tekstil warisan yang berbeza, serta artis dan kurator yang berlainan.

“Tradisi tapestri dipilih sebagai tema kali ini untuk mempersembahkan esen atau inti sari kejadian serta signifikan kewujudan batik itu sendiri selaku tekstil kebangsaan Malaysia merentas bangsa, juga bertindak sebagai medium perpaduan dan identiti visual negara,” ujarnya.

Iklan

Pada masa sama kata beliau, tapestri menjadi simbolik kepada pengalaman IKAT 2.0 di Pulau Pinang yang mengetengahkan Batik Pantai Timur Malaysia sebagai satu warisan yang perlu dipelihara, pulihara dan diperkasa untuk dikenali dan dicintai generasi seterusnya.

“Batik bukan sekadar kain yang tidak bermakna, ia adalah kehidupan, kebanggaan, rakaman sejarah, serta jiwa yang menggambarkan siapa kita,” ujar beliau yang turut terlibat dalam inisiatif pemerkasaan wanita.

IKAT

Simbolik lima elemen

Selain itu, adiguru dan tukang mahir seperti Md Ghani Mat, Padil Osman and Nawwal Abdul Kadir akan mengadakan bengkel khusus untuk memperkenalkan bahan-bahan dan proses tradisi dalam pembuatan batik seperti kraf blok batik, cat air serta pencelupan dan pewarna semula jadi dalam mewarnakan kain batik.

Iklan

Program tersebut dipelopori oleh studio kreatif Experiential Design Team (EDT) dan dipersembahkan oleh Yayasan Hasanah, Khazanah Nasional Berhad. Sementara itu, Hanuni Ab Halim yang merupakan seorang artis dalam seni ikat celup yang juga bekas ketua pegawai operasi sebuah syarikat berimpak sosial bakal memberi fokus untuk mempamerkan ciptaan batik hebat serta hasil premium dari Kelantan.

Hanuni Ab Halim
Hanuni Ab Halim

“Dengan bertemakan tapestri, edisi kali ini bakal menyelami kepentingan simbolik lima elemen, iaitu bumi, air, api, logam, dan kayu dalam pembuatan batik.
“Ia membawa penonton menerokai budaya untuk memahami bagaimana elemen-elemen tersebut membentuk naratif, teknik dan penciptaan batik Malaysia,” ungkap Hanuni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!