5 tragedi kemalangan terburuk menggemparkan negara, fakta nombor 2 memang mengerikan

TRAGEDI kemalangan yang dilaporkan media tempatan memang dekat dalam hati pembaca.

Apatah lagi kisah mangsa lebih-lebih lagi membabitkan ibu bapa yang meninggal dan anak terpaksa hidup sebatang kara.

Tragedi akibat tertidur beberapa saat atau microsleep juga menyentap hati. Begitu juga kenderaan yang rosak di tengah jalan.

Berikut SinarPlus kongsikan fakta berkaitan musibah yang menyayat hati dan masih berbekas dalam fikiran rakyat Malaysia:

1. Lima rentung di Terowong Menora
– Kemalangan yang berlaku di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada itu benar-benar menggemparkan negara.
– Bukan satu tetapi lima mangsa rentung selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar.
– Insiden yang membabitkan sebuah kereta dan treler berlaku pada 12 Mei 2022, jam 12.52 malam sekali gus menyebabkan kesesakan teruk berlaku.

Iklan
Iklan

Baca juga Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian

2. 27 maut bas kemalangan
– Jika masih ingat pada kejadian yang berlaku pada 21 Disember 2010, kemalangan bas yang terbabas sebelum menggelongsor ke longkang tepi jalan mengorbankan 27 nyawa.
– Insiden tersebut berlaku di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang.
– Pemandu bas dan 22 penumpang dilaporkan maut di tempat kejadian, manakala lima lagi meninggal dunia di hospital.

 

3. Kereta terputus dua
– Bukan sahaja kereta terputus dua, orang ramai dikejutkan dengan letupan mercun yang berlaku di Simpang Empat, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.
– Tarikh 21 Mei 2021 menjadi ingatan kerana insiden itu melibatkan lima kenderaan yang terbakar.
– Paling ngeri, mangsa mengalami kecederaan parah dan putus beberapa anggota badan. Aduh!

Baca juga Terowong Menora: 10 kes kemalangan ngeri yang berlaku di laluan ‘panas’ ini

4. Bayi terkeluar dari rahim ibu
– Antara kisah paling menyedihkan apabila melibatkan seorang ibu yang sarat mengandung di Kampung Banggol Stol Repek, Pasir Mas, Kelantan pada 19 Februari 2022.
– Kes membabitkan dua motosikal tersebut menjadi liputan hangat apabila bayi yang dikandung terkeluar dari rahim ibunya. Malangnya, si kecil tersebut dilaporkan meninggal dunia di hospital.

5. Budak sekolah digilis lori
– Jika kes kemalangan membabitkan mangsa, seorang budak sekolah memang hati sesiapa saja tersentuh.
– Apatah lagi ia berlaku pada bulan puasa dan mangsa dalam perjalanan balik sekolah.
– Insiden itu berlaku dilaporkan berlaku di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Klang, Selangor pada 22 Mac lalu.
– Mangsa berusia sembilan tahun meninggal dunia manakala adiknya, 7, turut cedera.

Baca juga Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

Kalau diikutkan, banyak lagi kes kemalangan viral yang menjadi feed

di media sosial.

Moga kita mengambil iktibar dalam semua kejadian yang dilaporkan dan paling penting, utamakan keselamatan ketika memandu.

Jika mengantuk, better rehat dulu di perhentian yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan.

Buat ibu bapa yang plan nak ambil anak-anak yang bercuti di kampung pada cuti hujung minggu, pun kena hati-hati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

3 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

4 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

6 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

10 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

10 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

11 hours ago