Ada sebab mengapa anak-anak tak dengar cakap ibu dan bapa. Ketahui punca-puncanya

MENDIDIK anak bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi untuk mendisiplinkan mereka. Proses tersebut memang memerlukan kesabaran.

Pun begitu, sikap anak-anak yang pelbagai ragam adakalanya membuatkan ibu bapa hilang sabar.

Paling tidak diingini adalah mereka mula ‘naik tangan‘ dan memukul si kecil. Natijahnya, jika terlalu kerap diperlakukan sedemikian rupa, anak yang dikandung akan hilang hormat kepada mak ayah dan mula memberontak.

Justeru, apa perkara yang perlu dilakukan supaya anak-anak berlembut hati dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa?

SinarPlus menghubungi Pakar Perunding Psikiatri, UiTM Private Specialist Centre dan Fakulti Perubatan UiTM, Dr Nor Jannah Nasution Raduan untuk mendapatkan jawapan.

Dr Nor Jannah menjelaskan, sikap kanak-kanak sebenarnya dibentuk adalah melalui komunikasi yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Ibu bapa ialah contoh atau model terbaik kepada anak-anak yang sedang meningkat usia. Anak akan mudah meniru segala tindakan dan perbuatan yang dilakukan ibu bapanya. Jadi, mak ayah perlu tunjukkan teladan yang baik,“ katanya.

Selain itu, terdapat beberapa tip lain yang boleh diimplemenkan agar si kecil sentiasa mendengar kata. Antaranya:

i) Ibu bapa perlu urus diri dahulu

Iklan
Iklan
  • Mereka perlu tenangkan diri dan ambil masa untuk urus keperluan diri terlebih dulu sebelum bercakap dengan anak.

ii) Ibu bapa perlu kendali emosi

  • Elakkan bawa masalah di tempat kerja ke rumah kerana ia akan mengganggu emosi diri sehingga boleh melepaskan kemarahan kepada anak.

iii) Sentiasa mendengar luahan anak

  • Kadangkala ibu bapa perlu lebih prihatin dengan perkara-perkara yang diadukan anak.
  • Beri ruang kepada mereka memberi pendapat atau penjelasan, walaupun ada sesetengah perkara bercanggah dengan pendapat ibu bapa.

iv) Elak merendah-rendahkan anak

  • Jangan cepat tunding jari terhadap kesalahan yang dilakukan si kecil.
  • Ibu bapa perlu lebih banyak bertanya mengenai tindakan yang dilakukan anak dan sebab mereka lakukannya supaya golongan itu lebih cepat berkembang.

v) Beri sekali arahan sahaja

  • Arahan yang berulang kali akan menyebabkan ia menjadi leteren.
  • Sekiranya apa yang disuruh tidak dipatuhi, ibu bapa perlu tanya sebab mereka tidak melakukan perkara berkenaan dan terus mencari jalan penyelesaian.

Hukuman vs ganjaran

Mengulas lanjut mengenai pendekatan ‘memberi arahan‘, Dr Nor Jannah berkata, rata-rata ibu bapa menggunakan autoriti mereka untuk berbuat demikian, sedangkan ia bukan teknik yang tepat.

“Sekiranya kita terus bersikap begitu, anak-anak mungkin menunjukkan tanda protes melalui tingkah laku.

“Ibu bapa juga perlu tunjukkan nilai murni yang baik dalam memberi arahan. Sebaiknya, bergerak sekali sebagai satu kumpulan dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, mengemas rumah bersama-sama,“ katanya.

Baca juga: Ibu dinasihat mengawal mulut, setiap kata-kata adalah doa untuk anak-anak. Ini nasihat Ustaz Wadi Annuar

Perkara yang sama turut dibincangkan Pakar Psikologi Klinikal, Klinik Penjagaan Kesihatan, Lucknow, Dr Tanu Chowdury yang menulis artikel bertajuk Only My Health.

Kata Dr Tanu, penjaga perlu tahu punca si kecil tidak mendengar kata, sama ada perbuatan itu dilakukan secara sengaja atau tidak.

“Kadangkala ada kemungkinan mereka terlupa arahan yang diberikan, jadi ibu bapa harus mencari jalan supaya mereka mendengar arahan atau perintah. Mereka juga perlu sentiasa memberi ruang kepada si anak,“ katanya.

Dari satu segi, untuk mendisiplinkan kanak-kanak, biasanya ia memerlukan masa yang panjang.

Pernyataan itu disokong oleh Dr Nor Jannah. Namun, ungkapnya, ia bukan diterjemahkan dengan memberi hukuman, tetapi perlu menggunakan teknik berkasih sayang dan ganjaran.

“Dalam memberi hukuman, mengurangkan keistimewaan yang diberikan kepada anak-anak sebenarnya merupakan pelan tindakan yang baik. Sebagai contoh, tidak membenarkan anak keluar bermain sebagai hukuman.

“Setelah itu, ibu bapa perlu berbincang mengapa ia (hukuman itu) dilakukan dan akibat yang boleh berlaku jika mereka melakukan kesalahan sama lagi,“ ujarnya.

Baca juga: Ramai bengang kanak-kanak diikat kaki, tangan kerana tak buat kerja rumah. Ini tip betul didik anak-anak

Dr Nor Jannah turut berkongsi cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan anak berkenaan perkara yang patut dan tidak harus dilakukan. Antaranya:

  • Kedua-dua pihak haruslah dalam keadaan tenang supaya komunikasi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
  • Beri penekanan perkara yang baik dahulu barulah menasihati perkara yang kita tidak mahu anak lakukan.
  • Tanya pendapat mereka mengenai tingkah laku tidak baik yang ditunjukkan.
  • Selesaikan bersama-sama cara untuk menangani perilaku berkenaan.
  • Ibu bapa perlu bertindak dan menyokong anak dalam melakukan perkara yang memberi manfaat kepada semua.

Seperti yang diperkatakan ramai, sikap anak-anak adalah cerminan daripada ibu bapa mereka sendiri. Ungkapan yang berbunyi ‘anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya‘ perlu diberi perhatian sewajarnya. -NUR SUHAIMA NORDIN

Baca juga: Anak-anak boleh dapat barah otak jika asyik menghadap telefon pintar. Berikut 10 kesan negatif lain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

17 mins ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

2 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

2 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

4 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

9 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

9 hours ago