KISAH kontroversi membabitkan anak perempuan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan berkahwin diam-diam di negara jiran dengan suami orang masih diperkatakan sehingga kini.

Sebagai ibu, tiada yang mampu diungkapkan dengan kata-kata oleh Abby Abadi atas apa yang berlaku.

Ibu mana yang sanggup melihat anak sendiri menjadi orang ketiga dalam rumah tangga wanita lain. Namun, nasi sudah menjadi bubur, tiada yang mampu beliau lakukan lagi.

abby

Baru-baru ini, Abby dijemput sebagai tetamu dalam satu program  terbitan Astrogempak. Menerusi program tersebut, pelbagai isu dikongsikan beliau antara lain berkenaan sambutan bulan Ramadan.

Pada masa sama, beliau tidak dapat lari daripada ditanya mengenai isu yang membabitkan anak perempuannya itu.

“Lapan soalan pertama berkisar tentang Ramadan, makanan kegemaran, kenangan waktu Ramadan dan sebagainya. Lima soalan terakhir berkait lah dengan situasi yang melibatkan anak saya.

“Yelah, anak buat hal, tentu maknya akan terpalit sama dan ada juga ditanya tentang bekas suami. Saya tak nak jawab sebenarnya… sebab yelah, takut tersalah cakap, orang akan kata saya tak move on gitu gini.

“Tapi terjawab juga… cuma lupa dah apa saya jawab, korang tengok jelah sendiri nanti. Sedar tak sedar, interview hampir sejam setengah ya.. Yang akan keluarnya 20 minit saja. Tentunya yang akan keluar nanti yang bisa-bisa saja ye. So dengar jelah luahan hati seorang Mama yang sedih dan sayu. Yang lalui saja akan faham. Yang tak lalui ambil sebagai pengajaran ok,” ungkap Abby.

abby

BERLAPANG DADA

Beliau pada masa turut meluahkan rasa sebagai seorang ibu atas apa yang berlaku.

“Maafkan saya kalau tersalah kata, terlepas bicara. Sebagai hamba ALLAH, yang beriman Insha-ALLAH, saya berusaha untuk sentiasa bersabar & kekal tenang. Tapi sebagai seorang mama, sejujurnya saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku pada anak saya Marissa Dania.

“Saya yang melahirkan, membesarkan, anak-anak duduk dengan saya daripada mula. Saya sediakan tempat tinggal, makan minum segala. Gigih cari rezeki nak anak- anak semua selesa,…. hidup berangan macam orang kaya, dapat belajar elok-elok, makan sedap-sedap.

“Bila tiba-tiba jadi macam ni, ya ALLAH.. bagaimana saya nak buat macam tak ada apa-apa berlaku? Macam mana saya nak biarkan perkara ini berlalu begitu saja tanpa saya berusaha mencari jalan penyelesaiannya? Mana mungkin saya boleh berlapang dada macam tu saja?

abby abadi“Panjang lagi kalau nak dijelaskan… tapi takpelah, sambung dengan post selepas ini. Jangan jugde baca je ok. Sekadar berkongsi apa yang buleh dikongsi. Yang tak boleh, saya simpan sampai mati. Maaf sangat-sangat pada yang terkait sama, yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Salam Ramadhan,” ujar bekas isteri Norman Hakim itu dengan  panjang lebar.

Malah, Abby Abadi turut mengesahkan anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti dakwaan yang tular baru-baru ini.

“Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya. Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.

“Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai.

Dalam pada itu, beliau turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh  bernikah senyap-senyap di Thailand bersama Aslam tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Iklan

“Saya tak tahu. Memang di luar jangkaan. Saya balik hari tu, suami tengok CCTV ada kawan perempuan Marissa di rumah. Lepas tu baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand.

“Rupanya dia letak kawan dia dekat rumah macam ganti dia supaya tak tahu dalam bilik tu tak ada orang. Sangat-sangat tak terjangka di akal.

Kata Abby, beliau hanya mengetahui keberadaan Marissa di Thailand selepas mendapat bantuan daripada rakan polis.

“Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand.

“Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup. Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka.

Iklan

Sedar apa yang terjadi itu adalah ketentuan dan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, Abby cuba berlapang dada.

Sumber : Instagram Abby Abadi  & Astro Gempak 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!