Astro tawar tontonan percuma untuk saluran filem terpilih bermula hari ini

BERITA gembira buat semua pelanggan Astro!

Astro sekali lagi memenangi Anugerah Platinum pada Anugerah Putra Brand 2020.

Sebagai menghargai kemenangan tersebut dan kesetiaan pengguna, Astro berbesar hati melanjutkan preview percuma saluran filem terpilih di TV dan Astro Go untuk semua pelanggan bermula hari ini sehingga 21 Februari.

Melaluinya, pelanggan Astro akan dapat menikmati hiburan tanpa henti dari filem blockbuster terbesar di HBO (CH411 HD / CH431), FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX ( CH412 HD / CH432) dan Filem tvN HD (CH416).

Iklan
Iklan

Ini termasuk blockbuster Hollywood yang popular seperti “Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn”, “Spider-Man: Far From Home” di HBO, “Bad Boys for Life” dan “Little Women” di Fox Movies.

Peminat filem Korea pula akan dapat melihat bintang-bintang sensasi di tvN Movies termasuk “Train to Busan” sequel “Peninsula”, “Okay! Madam” dan “Tazza: The High Rollers and Love + Sling”.

Di samping itu, para pelanggan juga boleh menikmati tontonan percuma untuk semua pek saluran kanak-kanak dan berita (kecuali SKY News) sehingga 18 Februari 2021.

Boleh juga menonton animasi popular “Despicable Me 2” dan filem aksi-komedi “Sonic The Hedgehog” di saluran HBO.

Pada masa sama, terdapat juga akses percuma untuk saluran HITS Movies HD (CH401) yang memaparkan blockbuster dari tahun 60-an hingga 90-an seperti “Jaws 3-D”, “Edward Scissorhands” dan “Back to the Future” di TV dan Astro GO sehingga 21 Februari 2021.

Selamat menonton!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

7 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

8 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

8 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

10 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

10 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

14 hours ago