Astro tawar tontonan percuma untuk saluran filem terpilih bermula hari ini

A
A
A

BERITA gembira buat semua pelanggan Astro!

Astro sekali lagi memenangi Anugerah Platinum pada Anugerah Putra Brand 2020.

Sebagai menghargai kemenangan tersebut dan kesetiaan pengguna, Astro berbesar hati melanjutkan preview percuma saluran filem terpilih di TV dan Astro Go untuk semua pelanggan bermula hari ini sehingga 21 Februari.

Melaluinya, pelanggan Astro akan dapat menikmati hiburan tanpa henti dari filem blockbuster terbesar di HBO (CH411 HD / CH431), FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX ( CH412 HD / CH432) dan Filem tvN HD (CH416).

Ini termasuk blockbuster Hollywood yang popular seperti "Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn", "Spider-Man: Far From Home" di HBO, "Bad Boys for Life" dan "Little Women" di Fox Movies.

Astro tawar tontonan percuma untuk saluran filem terpilih bermula hari ini

Peminat filem Korea pula akan dapat melihat bintang-bintang sensasi di tvN Movies termasuk "Train to Busan" sequel "Peninsula", "Okay! Madam" dan "Tazza: The High Rollers and Love + Sling".

Di samping itu, para pelanggan juga boleh menikmati tontonan percuma untuk semua pek saluran kanak-kanak dan berita (kecuali SKY News) sehingga 18 Februari 2021.

Boleh juga menonton animasi popular "Despicable Me 2" dan filem aksi-komedi "Sonic The Hedgehog" di saluran HBO.

Astro tawar tontonan percuma untuk saluran filem terpilih bermula hari ini

Pada masa sama, terdapat juga akses percuma untuk saluran HITS Movies HD (CH401) yang memaparkan blockbuster dari tahun 60-an hingga 90-an seperti "Jaws 3-D", "Edward Scissorhands" dan "Back to the Future" di TV dan Astro GO sehingga 21 Februari 2021.

Selamat menonton!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca