Awas! Bukan serang kanak-kanak 10 tahun ke bawah saja, HFMD boleh jangkiti dewasa

PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) makin menular dalam kalangan kanak-kanak. Tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak antara ‘lubuk’ yang menyebabkan jangkitan merebak.

Selalu yang kita dengar, HFMD menjangkiti kanak-kanak bawah brusia 10 tahun ke bawah.

Lemah lesu si kecil, ditambah pula lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut, mereka bertambah tidak selesa.

Baca juga: Serang si kecil bawah 6 tahun, bahaya penyakit HFMD, ini ibu bapa wajib tahu

Tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil manakala pada tangan, kaki dan kawasan lampin pula timbul ruam.

Penularan HFMD kali ini bukan lagi kes jangkitan kecil-kecilan. Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 29,781 kes dilaporkan di seluruh negara membabitkan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.

Iklan
Iklan

Manakala bagi kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 1,473 kes direkodkan.

HFMD ini berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. Penyakit ini cepat menular dengan kadar jangkitan hampir 100 peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun, terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska, tadika atau sekolah.

Biarpun HFMD dikatakan hanya menjangkiti kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah,  orang dewasa seperti ibu bapa atau penjaga  tidak terkecuali.

Pakar Perubatan Spruce Internal Medicine, Dr Lori Noble melalui Penn Medicine berkata tidak seperti namanya, HFMD disebabkan oleh virus berjangkit yang tidak hanya memberi kesan kepada tangan, kaki dan mulut, tetapi sebenarnya boleh menyebabkan ruam melepuh di seluruh badan.

“Anda mungkin mengalami ruam yang menyakitkan di dalam mulut, gatal pada tangan, kaki, lengan, kaki, punggung, alat kelamin, perut dan belakang,” kata Noble.

Kes HFMD boleh berlaku beberapa peringkat, dari ringan hingga teruk. Ia lebih berkemungkinan memberi kesan kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, dan  biasanya hilang sepenuhnya dalam masa tujuh hingga 10 hari.

“Orang dewasa juga boleh dijangkiti virus yang menyebabkan penyakit itu. Walaupun anda mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda virus itu, anda masih boleh menyebarkannya kepada orang lain.

Baca juga: KKM tak galak serbuk kunyit, daun semambu, ini perlu buat jika terkena HFMD

Pada tahun 2016, seorang ibu di Singapura, Glynisia Yeo, kehilangan rambut dan tercabut kuku selepas dijangkiti HFMD. (Kredit foto: Straits Times)

Majoriti jangkitan adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). HFMD boleh disebarkan kepada orang lain melalui rembesan hidung dan tekak termasuk air liur atau lendir, cecair lepuh atau najis.

Anda juga terdedah kepada jangkitan virus itu melalui empat cara ini:

1.Mempunyai hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti

2.Menghirup udara yang dijangkiti daripada bersin atau batuk orang yang sakit

3.Menyentuh objek tercemar seperti mainan atau tombol pintu

4.Bersentuhan dengan air yang dijangkiti, termasuk air kolam renang

Jika mengalami HFMD, anda adalah yang paling mudah menjangkiti orang lain pada minggu pertama sehingga lepuhan hilang.

Jangan alpa, walaupun gejalanya sudah hilang, anda boleh masih boleh menyebarkan HFMD.

Keadaan yang dialami Glynisia. (Kredit foto: Straits Times)

Kanak-kanak sering menunjukkan simptom yang ketara apabila dijangkiti HFMD.  Tidak seperti kanak-kanak, ramai orang dewasa jarang menujukkan simptom yang ketara. Menurut Noble, adakalanya simptom yang ditunjukkan tidak mempunyai kaitan dengan gejala HFMD.

Kita seharusnya berwaspada kerana HFMD menular pada semua peringkat umur. Oleh kerana golongan dewasa selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala, meningkatkan tahap kebersihan adalah langkah pencegahan terbaik.

Paling penting, dapatkan pengesahan daripada doktor dan jangan membuat diagnosis sendiri.

Baca juga: Asalnya hanya jangkiti monyet di Afrika, ini cara cacar monyet menular dan tip mengelakkannya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Azma ML

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

3 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

1 day ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

1 day ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago