“TOLONG ‘paksa’ suami masing-masing bacakan bedtime stories kalau nak akal si kecil jadi makin cerdik.”

Begitulah perkongsingan doktor perubatan Hospital Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari di laman Twitternya.

Katanya, seorang doktor bernama Dr Elisabeth Duursma ada membuat kajian semasa sedang belajar di Havard University.

“Dalam kajian itu, Dr Duursma kumpulkan data daripada 430 buah keluarga di US, semata-mata nak lihat apakah kesan pada anak kecil yang berusia bawah tiga tahun bila ibu dan ayah bacakan bedtime stories.

“Biasanya ibu yang semangat sikit bab bercerita ni. Namun rupa-rupanya, kalau ayah pun turut sama join bacakan cerita, penguasaan bahasa anak akan jadi lebih power berbanding kawan-kawan dia yang lain.

“Dr Duursma beritahu antara sebabnya ialah, bahasa yang orang lelaki kerap guna tidak sama dengan orang perempuan.

“Kalau bahasa ayah-ayah, selalunya berdasarkan logik. Mak-mak pulak lebih suka menekankan bab emosi dan karakter.

“Mak akan cenderung untuk ajar anak tentang benda-benda yang memang nampak jelas kat dalam buku. Macam bab warna, abjad dan mengira.

“Contoh paling mudah kalau kat muka surat itu terpampang gambar ayam. Nanti mesti mak akan tanya, “Tengok dalam gambar ini ada ayam. Cuba adik kira ada berapa ekor semuanya?”tulisnya.

Ayah wajib bacakan 'bedtime stories' jika nak anak makin cerdik

Iklan

Dr Luqman turut mengatakan kaedah lelaki membaca agak berbeza.

Iklan

“Berbeza dengan orang lelaki. Mereka ini selalunya lebih suka kaitkan bacaan tadi dengan pengalaman yang dialami sebelum tu.

“Haa, tengok gambar rusa ni. Ingat tak rusa macam inilah yang abang hulurkan makanan masa kita pergi zoo hari tu?”

“Teknik itu akan buatkan si kecil membayangkan sesuatu dari pandangan yang lain lalu meransang mindanya berfikir lebih kreatif.

“Dan yang paling best, perbezaan ni akhirnya saling melengkapi dan melonjakkan perkembangan minda anak-anak bertuah itu jadi berkali ganda makin cerdik.

“Sebab itu, kalau nak aktiviti membaca ini memberi impak super hebat pada anak kita, pastikan sesekali ayah pun kena join bercerita sekali ye,” pesan beliau.

Jadi, wahai si ayah di luar sana pastikan korang lakukan bedtime stories ini ya! Untuk kebaikan anak-anak supaya lagi pintar dan kreatif.