Bercakap ketika azan, lidah akan kelu semasa meninggal dunia? Ini penjelasan mufti

BERCAKAP ketika azan? Benarkah bahawa ada hadith yang menyebut bahawa jika bercakap ketika azan, lidah akan menjadi kelu?

Selain itu, pernah ke anda dengar ada yang menyatakan sesiapa yang bercakap ketika azan, maka lidahnya akan menjadi berat untuk melafazkan kalimah tauhid semasa meninggal dunia kelak.

Untuk merungkai segala pertanyaan, ini penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Azan merupakan zikir yang khusus, yang disyariatkan sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu serta menyeru orang Islam bersama menunaikan solat.

Hukum azan bagi solat fardhu dan solat qadha’ adalah sunat muakkad, iaitu sunat kifayah bagi solat berjemaah dan sunat ‘ainiah bagi solat bersendirian. Azan mempunyai peranan yang amat penting bagi menzahirkan syiar Islam.

Imam al-Nawawi berkata: “Azan dan iqamah disyariatkan berdasarkan nas-nas syarak dan ijma’. Dan tidak disyariatkan (azan dan iqamah ini) pada selain solat lima waktu, tidak ada perselisihan (dalam masalah ini).”

Iklan
Iklan

Hukum menjawab laungan azan

Pada asasnya, hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Menurut Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaili, disunatkan kepada sesiapa yang mendengar azan untuk menjawabnya, tidak kira orang tersebut dalam keadaan suci ataupun berhadas, orang yang berjunub atau perempuan yang sedang haid, orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Hal ini kerana mereka itu kesemuanya termasuk dalam kalangan ahli zikir. Dikecualikan daripada hal ini — yakni menjawab azan — orang yang sedang mendirikan solat, yang sedang berada di dalam tandas dan yang sedang berjimak.

Baca juga Suami tak pergi solat Jumaat sebab nak teman isteri bersalin, Dr Zulkifli jelaskan hukumnya

Berkenaan kesan bercakap ketika azan dilaungkan

Dakwaan bahawa lidah akan kelu dan jadi berat ketika akan meninggal dunia adalah tidak benar dan ia sama sekali tidak boleh disandarkan kepada Nabi SAW.

Ini kerana, kami tidak menjumpai asal baginya dan kita juga sama sekali tidak boleh meriwayatkannya atau menyandarkannya kepada Nabi SAW kerana ia merupakan satu pendustaan di atas nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW jika kita melakukan hal sedemikian.

Adapun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya.

Namun begitu, jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab seperti mana yang dilaungkan oleh muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.

Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik telah meriwayatkan sebuah athar daripada Tha’labah, beliau berkata:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ

Maksudnya: Mereka menunaikan solat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan percakapan.

Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat RA bercakap ketika azan sedang dilaungkan.

Jika benar sebagaimana yang didakwa, maka para sahabat adalah orang yang pertama akan meninggalkan hal tersebut.

Baca juga ‘Berhati-hati dengan penasihat yang jahat.’ – Dr Zulkifli titip pesanan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sunnah-Sunnah ketika azan (bagi pendengar);

1. Diam ketika mendengar azan dan menjawabnya sama ada dalam keadaan bersih atau berhadas, junub atau haidh, besar atau mumayyiz. Kemudian perlu menjawab apa yang diucapkan oleh muazzin kecuali pada lafaz (حي على الصلاة) dan (حي على الفلاح).

2. Selawat kepada Nabi SAW dengan suara yang perlahan, kemudian memohon kepada Allah wasilah dan berdoa kepada-Nya selepas selesai azan dengan jarak yang tidak lama.

3. Berdoa untuk diri sendiri kerana waktu tersebut adalah waktu yang mulia, berkat dan mustajab. Disunatkan berdoa selepas azan dan sebelum iqamah.

Justeru, walaupun kita dibenarkan untuk bercakap ketika azan tetapi yang lebih baik adalah meninggalkannya, melainkan apa yang diucapkan itu merupakan hal atau perkara yang penting dan dalam masa yang sama ia tidak mengganggu seseorang itu dalam menjawab apa yang dilaungkan oleh muazzin kerana ia adalah sunnah yang dituntut di dalam agama.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Maktabah Al-Bakri
#38: Bercakap Ketika Azan Dilaungkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

1 hour ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

3 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

3 hours ago

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

6 hours ago

Que Haidar tunai umrah & haji berlepas ke Tanah Suci, pelukan adik-beradik di lapangan terbang undang sebak

PELAKON, penerbit, dan pengarah popular Que Haidar berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan…

7 hours ago

Bercinta setahun, lelaki terkejut identiti ‘isteri’ terbongkar selepas berkahwin

  PENYAMARAN seorang 'wanita' akhirnya terbongkar selepas berkahwin dengan seorang lelaki di Cianjur, Jawa Barat…

9 hours ago