Bukan hanya kereta, rumah banyak selipar dan kasut turut diserbu polis

BUAT kedua kalinya sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan kes baharu positif Covid-19 yang kembali meningkat di negara kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperketatkan syarat permohonan bagi merentas negeri yang mana hanya meluluskannya pada Isnin hingga Khamis sahaja dengan enam alasan yang dipertimbangkan.

Iklan
Iklan

Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh.

Manakala permohonan untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan selain hal kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Justeru, bagi mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri nanti, Polis Kedah akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak.

Memetik laporan portal tempatan, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri Kedah.

“Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak.

“Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi untuk Kontinjen Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, semalam.

Sebelum ini, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar menegaskan polis akan mengekalkan strategi sama seperti yang dibuat semasa Aidilfitri lalu iaitu dengan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri.

Baca juga Bantuan khas Aidilfitri, penjawat awam Selangor raih setengah bulan gaji

Menurut Hasanuddin, pihaknya turut mengarahkan semua anggota di sekatan jalan raya (SJR) melakukan pemeriksaan lebih ketat terutama dalam mengesan mereka yang cuba meloloskan diri untuk rentas negeri, selain menggunakan permit palsu.

“Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu,” ujarnya.

Pihaknya turut menyeru semua pihak supaya tidak sesekali membawa dokumen palsu kerana akan dikenakan denda yang tinggi.

Maka dengan ini sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

10 mins ago

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

2 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 day ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago