BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan rasa kurang senang apabila ada individu yang memberikan komen berbentuk hinaan serta menggelarkan anaknya, Airiel Qashaf dengan nama haiwan.

Berusaha menyelesaikan hal berkenaan secara bersemuka, pemilik nama Ariz Ramli itu memuat naik video memaparkan individu yang dikenali sebagai Irfan melutut memohon maaf daripada isteri penyanyi itu.

Baca juga: ‘Lagu sampah, tak ada masa depan.’ Najwa Latif dedah pernah dihina guru hingga rasa nak berhenti sekolah

Baca juga: Hati terguris dibuli siber, Zarina Zarina terkedu Wikipedia anak OKU disunting dengan kata-kata penghinaan

Menerusi video, Farra Inalis yang juga dikenali sebagai Elis menyuarakan tindakan salah yang dilakukan individu tersebut.

“Kau umur berapa sekarang? Baru 23 nak buat perangai macam sampah dekat luar. Kau patut bersyukur kau jumpa dengan Caprice. Kau patut bersyukur sebab Caprice boleh tenangkan aku sekarang ni.

“Kau nak minta maaf, kau ikut cara aku. Aku nak kau melutut kau mintak maaf dengan aku dan anak aku,” katanya.

Baca juga: Sedih ibu dihina warganet, Anna Jobling minta jangan ganggu keluarga

Baca juga: Bahaya sindrom munchausen! Terlalu obses dengan media sosial untuk raih perhatian, mungkin anda dijangkiti

Sementara itu, Caprice yang dilihat lebih tenang dan memberi dua opsyen penyelesaian.

“Kita ada dua pilihan untuk selesaikan masalah ini. Sama ada kita pergi balai polis atau kita pergi masjid. Mana satu pilihan awak?” ujarnya.

Pemuda berkenaan memilih untuk ke masjid bersama Caprice dan mereka berdua dilihat menunaikan solat sunat taubat.

Memaafkan pemuda berkenaan, Caprice sempat memberikan wang kepada individu tersebut untuk diberikan kepada ibunya sebagai duit raya.

Baca juga: ‘Tak payah bangga dapat jadi pembuli siber terhebat…’ – Janna Nick jadi mangsa buli siber lagi

Iklan

Baca juga: Buli orang tanpa rasa bersalah… Hati-hatilah, perbuatan itu bakal dituntut di akhirat kelak

Sebelum ini Caprice mendedahkan beberapa tangkap layar kiriman mesej (DM) yang diterima daripada seorang remaja yang menghina anak lelakinya.

Lebih menyedihkan, komen tersebut keterlaluan sehingga menyamakan bayi lelaki berusia dua bulan itu dengan haiwan.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki dinamakan Airiel Qashaf Mac lalu.

Iklan

Farra terdahulu mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan pertama.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!