Cuci cermin lebih bersih, mudah dengan 5 cara ini

tip cermin
tip cermin
A
A
A

MENCUCI cermin pintu, tingkap hinggalah cermin muka di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk dibuat kerana mungkin anda takut cermin akan calar atau berubah menjadi warna kelabu. Jadi boleh cuba tip ini untuk cuci cermin dan tingkap dengan mudah!

Tepung jagung

Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.

Surat khabar lama

Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaan cermin.

Cuka

Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain.

Ubat gigi

Ambil ubat gigi dan ratakan ubat gigi pada permukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian apabila dah kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.

Putik kapas

Basahkan putik kapas telinga. Penggunaan item itu bertujuan untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat pada bahagian penjuru tingkap atau pintu cermin.

Kotoran ini biasanya melekat di bahagian celahan penjuru cermin di mana ia sukar dibersihkan dengan kain atau kertas.

Selamat mencuba!

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca