CUCI microwave atau ketuhar gelombang mikro menggunakan mop, insiden pekerja kedai serbaneka 7-Eleven menimbulkan kekecohan di laman sosial Twitter.

Ramai yang terkejut dan kembang tekak apabila seorang pekerja asing menggunakan mop yang sama digunakan untuk membersihkan lantai untuk mencuci ketuhar gelombang mikro di sebuah cawangan.

Menerusi beberapa foto dikongsikan oleh pengguna dikenali @AshrafChak, pekerja itu dilihat sedang memasukkan mop lantai ke dalam  microwave bagi membersihkannya.

“Hello @7elevenmalaysia, tolong la brief staff korang untuk buat pembersihan dgn cara yg betul. Mop lantai pun masuk dalam microwave. Pengotor oi !,” ciapnya.

Microwave di kedai berkenaan selalunya digunakan pelanggan bagi memanaskan makanan yang dibeli.

Melihatkan paparan foto pembersihan ‘kotor’ itu rata-rata warganet meluahkan rasa geli dan loya. Ujar mereka:

-“Selama aku hidup ni kali pertama tengok orang mop dalam microwave!

-“Sebagai bekas kakitangan kita tak boleh nak salah manager untuk brief semua tu. Ada prosedur operasi standard (SOP) kebersihan semua dah cukup lengkap ! So staf yang MALAS!! Mereka dah dilatih dan pengurus ada hak untuk beri surat amaran!”

-“ Ini semuanya adalah ‘common sense.’”

-“Patutlah masin-masin sikit mi segera tu.”

-“Benda basic pun tapi segelintir kecil orang macam ni tak boleh fikir dan bezakan mane boleh dan yang tak boleh. Peralatan makanan pakai kain bersih, ada juga yang pakai kain lap meja itu lah lap semua benda. Kalau pakai mop macam ni ‘rare’, punca sifat malas nak tukar peralatan yang betul.”

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

Selepas kekecohan yang timbul, kedai berkenaan dalam kenyataan rasmi di Twitter memaklumkan pekerja berkenaan telah digantung tugas manakala microwave berkenaan telah diganti.

-”Kami di 7-Eleven ingin memohon maaf seikhlas hati atas tindakan salah seorang pekerja kami yang gagal mematuhi protokol kebersihan yang ketat.”

-”Ini adalah pelanggaran yang jelas dan tidak menggambarkan standard tinggi yang kami usahakan di semua kedai kami,” katanya dalam kenyataan.

– Pihaknya 7-Evelen mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat untuk pelanggan kami memberi jaminan tindakan segera telah diambil untuk memastikan perkara ini tidak berulang.

-“Kami ingin memaklumkan bahawa tindakan telah diambil sebagai tindak balas kepada insiden ini,” katanya.

7-Eleven Malaysia memaklumkan empat langkah berikut telah diambil:

Iklan

1- Pekerja yang bertanggungjawab telah digantung kerja.
2- Microwave telah digantikan dengan yang baru.
3- Kedai sedang melalui proses pembersihan dan sanitasi yang menyeluruh.
4- Langkah yang lebih ketat diambil untuk memastikan semua pekerja mematuhi protokol kebersihan.

LIMA LANGKAH CUCI MICROWAVE

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Ok, selesai masalah mircowave di kedai. Untuk anda yang ada microwave di rumah, bila kali terakhir mencucinya?

Jom cuba cara yang dikongsikan @nawalhuder ini. Microwave bukan sahaja bersih, bau hapak dan kepam pun hilang!

1. Isi mangkuk dengan separuh air.

2. Hiris sebiji lemon dan perahkan jusnya.

3. Letak dalam microwave dan tetapkan butang masa selama lima minit.

Iklan

4. Setelah lima minit, tunggu dan biarkan dulu selama dua minit sebelum buka penutup ketuhar bagi memastikan agar wap air tidak keluar.

5. Kemudian, lap dengan kain bersih. Microwave bukan sahaja bersih, malah menjadi wangi dengan haruman lemon.

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @AshrafChak, 7-Eleven Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi