Gajet buat anak lemah, pesanan Bonda Rozita tarik perhatian

Gajet buat anak lemah, pesanan Bonda Rozita tarik perhatian
Gajet buat anak lemah, pesanan Bonda Rozita tarik perhatian
A
A
A

PADA masa kini, situasi kanak-kanak bersama gajet boleh dianggap sebagai satu pemandangan biasa.

Kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang sememangnya celik IT.

Seiring dengan peredaran zaman, gajet lebih menjadi pilihan kanak-kanak berbanding permainan atau sesuatu aktiviti yang melibatkan fizikal.

Namun banyak juga kesan negatif kepada mereka, seperti yang dikongsi oleh usahawan, Rozita Ibrahim atau dikenali sebagai Bonda Rozita ini.

Katanya, kanak-kanak di bawah pengaruh gajet akan mengalami lemah dari segi perhubungan awam, menyendiri dan mudah tertekan.

"Mereka tidak boleh dimarah walau sedikit, mereka akan senyap-senyap mencuri telefon.

"Kemahiran mereka tidak tinggi dan spiritual tak kuat serta wawasan kehidupan dia dunianya hanya mereka diri mereka dalam gajet sahaja," katanya ketika ditanya oleh pelakon terkenal, Nad Zainal.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Nad Zainal itu, Bonda Rozita turut berkongsi tentang pengurusan kewangan.

Baca juga Polis Putrajaya akan mula saman cyclist, denda RM2,000 berkuatkuasa 9 Januari

Katanya, ketiga-tiga anaknya bagus dalam perhubungan awam dan pengurusan kewangan serta kehidupan, antara amalan mereka adalah;

1. Faham matlamat hidup

Contoh: Berapa lama saya kena kerja dan dalam kerja itu berapa banyak saya kena simpan duit.

Saya selalu pesan kepada anak, duit itu anda kena simpan untuk dia bekerja cari duit.

Duit itu mati, yang kerja adalah kita dan kita kena bijak plan untuk duit tersebut.

Dalam masa kita berumur 40 tahun tetapi masih belum memiliki rumah, bermaksud kita adalah insan gagal.

2. Apabila kita ada rumah dan kereta, jangan pernah merasa kita sudah kaya.

3. Duit simpanan kita perlulah lebih daripada jumlah hutang yang kita ada.

Contoh: Jika saya ada hutang RM500 ribu, saya mesti ada duit simpanan berjumlah RM1.5 juta.

Bila semakin tua, kita berdepan dengan ekonomi, kesihatan dan penuaan.

4. Hidup kita akan seronok jika kita dapat buat berapa untuk diri kita.

Setiap kali ualng tahun kelahiran, apa yang mesti kita lihat adalah pencapaian spiritual, ekonomi, karier dan keluarga.

5. Latih anak gandakan duit.

Contoh yang saya buat, saya beri mereka 10sen, dalam masa sehari atau beberapa jam, mereka perlu gandakan duit tersebut menjadi RM1.

Bagaimana mahu menjadikannya, samada kena kejar diri atau mencari altenatif sendiri mencarinya.

6. Jika ingin anak berjaya, mulakan ajar mereka membuat kerja rumah seperti kemas katil, sapu sampah dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca