Gaji habis tak sampai hujung bulan, cuba tip ini buat hati tenang & gembira

Gaji habis tak sampai hujung bulan, cuba tip ini buat hati tenang & gembira

SETIAP kali hari gaji menjelma sudah tentu kita selesaikan bayaran komitmen bulanan seperti rumah, kereta, insuran, ibu bapa dan sebagainya.

Kadang-kadang bakinya hanya tinggal cukup-cukup makan sahaja untuk kehidupan sebulan tersebut.

Ada kalanya terpaksa ‘korek tabung’ pula bagi menampung perbelanjaan yang tak cukup. Aduhai!

Beruntunglah bagi sesiapa yang ada elaun bekerja lebih masa atau dua pekerjaan. Boleh juga korek sana-sini.

Bila duit hanya cukup-cukup saja, mulalah hati tak senang. Tak tentu arah dan boleh hilang mood. Apa nak buat bila duit tak ada dan makin susut. Ini ada cara dan boleh kita ikuti dari perkongsian Md Azhari Daud.

Bila kita amalkan tip ini, Insya-ALLAH, hati tetap tenang dan gembira walaupun duit dalam poket atau beg duit hanya tinggal beberapa kertas berwarna biru saja.

Iklan
Iklan

Ada lima tip untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun buka beg duit nampak kosong dan duit tak ada.

Tip 1

Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada tiga bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.

Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.

Sekiranya bisnes online. Dapat je sales. Duit untung tu boleh bahagikan tiga. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.

Baca juga Boleh ke ibu bapa guna duit raya anak kalau terdesak? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Gambar sekadar hiasan.

 

Tip 2

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap harilah ke bank untuk menyimpan.

Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je di hujung jari. Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata

Tip 3

Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari Surah Sad, “Inna haza larizquna maalahu minnafad” bermaksud sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis.

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari Dia.

Jadi, walaupun duit tinggal sepuluh sen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang.

Tip 4

Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al-Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.

Kan janji ALLAH. Setiap kali kita mensyukuri nikmat ALLAH pasti ALLAH tambah lagi nikmat pada kita.

Baca juga Mahu pinjam duit, tunggu sekejap dan OTW, antara janji kawan yang susah nak percaya. Ini respons lucu netizen

Kredit foto: Canva

Tip 5

Biasakan baca asmaul husna, Ya Mughni (maha memberi kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh. Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.

Jadi, bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al-Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.

Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti ALLAH mudahkan. Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.

Akhir sekali. ALLAH pasti bantu kita.

“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”

Insya-ALLAH, apa yang penting, kenalah berusaha sebab duit tak akan datang bergolek depan mata.

Sumber : Md Azhari Daud

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

4 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

1 day ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

1 day ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago