SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula gara-gara kes penularan Covid-19 dilaporkan meningkat dari sehari ke sehari, majlis akad nikah di beberapa buah negeri yang terlibat terpaksa ditangguhkan.
Seperti di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil pendekatan membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan secara sidang video di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bermula 13 Januari lalu di seluruh negeri Selangor.
Namun, kini majlis akad nikah telah kembali dibenarkan untuk diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, berkuat kuasa hari ini (Isnin) Februari 2021.
Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan JAWI, bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutuan beberapa garis panduan perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak pengantin.
Antara garis panduan yang telah ditetapkan adalah seperti :
Selain itu, kedua-dua pihak pengantin juga perlulah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama, pihak-pihak yang terlibat mestilah mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (NCR), atau majlis akad nikah boleh dibatalkan sekiranya pihak terbabit gagal hadir pada tarikh dan masa berkenaan.
Ini termasuklah pasangan dari negeri lain yang telah mendapat kebenaran nikah JAWI dan ditangguhkan sebelum ini, juga boleh menjalankan akad nikah, serta keputusan Saringan Ujian HIV kedua-dua pasangan masih dalam tempoh sah laku semasa akad nikah dijalankan.
Bagi surat Kebenaran Berkahwin yang telah tamat dalam tempoh PKP, ia akan dilanjutkan dua bulan bermula dari tarikh kebenaran berakhir, namun pemohon hendaklah hadir semula ke JAWI untuk membuat penyambungan tempoh sah Kebenaran Berkahwin.
“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…
BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…
KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…
HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…
SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…
WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…