Guna ‘mouth wash’ boleh sebabkan diabetes? Ini jawapan doktor

MOUTH wash adalah ubat kumur iaitu cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut.

Ramai yang tertanya-tanya adakah benar-benar perlu menggunakan pencuci mulut atau mouth wash ini setiap hari?

Sudah pasti! Jika pencuci mulut digunakan dengan betul, ia boleh membantu mencegah penyakit mulut, gusi, kerosakan gigi dan macam-macam lagi.

Tetapi yang lebih merisaukan, ia juga mampu menjadi punca kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.

“Saya sering menggunakan mouth wash setiap kali selepas menggosok gigi. Saya diberitahu oleh kawan saya berdasar pembacaan journal, bahawa menggunakan mouthwash adalah berbahaya, boleh menyebabkan penyakit terutama diabetes. Mohon pencerahan doktor jika ia benar.”

Iklan
Iklan

Bagi menjawab kepada persoalan seperti di atas, Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad dalam perkongsiannya mengatakan menggunakan ‘mouth wash’ terlalu kerap turut membahayakan.

“Saya ingin memberitahu puan bahawa saya bukanlah doktor gigi. Tetapi pertanyaan puan berkaitan dengan produk dan penyakit diabetes, saya menjawab
dari sudut pencegahan penyakit,” tulisnya di Facebook.

Menurutnya, kebanyakan produk pencuci mulut (mouth wash) di pasaran mengandungi bahan antibakteria seperti berikut;

  • Chlorhexidine
  • Cetypyridinium chloride
  • Triclosan
  • Alkohol
  • Fluorida
  • Peroksida

Katanya, bahan-bahan aktif ini berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan keradangan gusi dan kerosakan gigi.

“Tetapi sebatian kimia ini juga membunuh bakteria yang baik di mulut yang menghasilkan sebatian Nitric Oxide (NO).

“Di dalam badan, nitric oxide membantu mengembangkan darah, dengan ini dapat melancarkan pengaliran darah dan merendah tekanan darah.

“Nitric Oxide juga meningkatkan pengeluaran insulin dan mengurangkan masalah insulin resistance.

“Apabila koloni bakteria baik ini dimatikan, penghasilan insulin mungkin terganggu dan tahap gula dalam tubuh mungkin akan meningkat,” katanya.

Baca juga Kurangkan gula secara drastik untuk diet boleh bawa mudarat!

Kata Dr Zubaidi, dengan ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetes.

“Terdapat kebimbangan para saintis terhadap penggunaan pencuci mulut ini yang terlalu kerap untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut.

“Persatuan Pergigian British mencadangkan penggunaan pencuci mulut ini sekali dalam sehari,” ujarnya.

Namun apa yang perlu ditekankan adalah;

1. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Mencuci gigi selepas makan juga amalan yang baik.

2. Gunakan ubat gigi berflorida.

3. Berus gigi dengan teknik yang betul.

4. Bersihkan lidah semasa memberus gigi.

Menurut beliau, kesimpulannya, penggunaan pencuci mulut (mouth wash) tidak berbahaya kecuali digunakan berkali-kali dalam sehari.

“Penggunaannya hanya membantu membersihkan gigi dan mulut, bukanlah kaedah utama membersihkan gigi dan mulut.

“Gunakannya sekali atau dua kali sehari. Pastikan ia tidak terlalu pekat,” pesan beliau.

Semoga bermanfaat!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

6 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

6 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

9 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

12 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

13 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

14 hours ago