Hacker FB kembali aktif menyebar link video ‘bukan-bukan’, ini langkah yang perlu diambil
BARU-BARU ini, penggodam atau hacker dilihat kembali aktif menjalankan kegiatan tidak bermoral mereka dengan menyebar video porno dan seks menggunakan akaun pihak lain dan mengirimnya ke semua kenalan pemilik akaun berkenaan.
Jika korang mendapat kiriman bahan yang ‘bukan-bukan’ daripada kenalan FB, jangan terus click.
Ini adalah kerana link yang dihantar oleh si penggodam tersebut pastinya mempunyai niat jahat. FB korang mampu digodam dengan mudah hanya dengan menekan link yang dihantar.
Jadi, jika berlaku penggodaman kepada akaun Facebook (FB), terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diambil bagi menyalurkan terus aduan kepada pihak FB serta mengembalikan akses kepada akaun asal.
Korang boleh memilih untuk melakukan langkah-langkah seperti berikut:-
Langkah (1)
Layari https://www.facebook.com/hacked
Klik pada "My account is compromised"
Isikan kata laluan terbaru.
Pilih ruangan "Email me a link to reset my password"
Log in semula ke akaun emel untuk menetapkan kata laluan yang baru.
Langkah (2)
Di laman utama FB (https://www.facebook.com), klik pada "Forgotten your password?"
Pada ruangan "Find your account", isikan ruangan tersebut sama ada "email, phone, username, or Full name". Kemudian klik pada butang "Search"
Setelah akaun asal dikenalpasti, pilih ruangan "Email me a link to reset my password"
Log in ke akaun emel untuk menetapkan kata laluan yang baru.
Korang juga dinasihati supaya meneliti semula tetapan keselamatan (security settings) untuk memastikan kawalan ketat ke atas akaun Facebook tersebut, supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.
Beritahu rakan anda
Langkah seterusnya jika akaun sah digodam, beritahu perkara tersebut kepada rakan-rakan.
Penggodam tersebut mungkin berpura-pura untuk mendapatkan maklumat peribadi menerusi akaun Facebook kita.
Apa pun, pastikan kita tidak berkongsi terlalu banyak maklumat peribadi di media sosial dan menggunakannya dengan penuh bertanggungjawab.
Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang