Harga mendadak tinggi! Ini masa sesuai wanita jual barang kemas tampung perbelanjaan

emas1
emas1
A
A
A

Harga mendadak tinggi! Ini masa sesuai wanita jual barang kemas tampung perbelanjaan

BERITA baik buat pengumpul barangan emas! Kini harga logam berharga itu direkodkan paling tinggi sehingga mencecah RM287 bagi satu gram.

Ini masa terbaik dikatakan untuk wanita 'mencairkan' aset mereka bagi mendapatkan wang tunai.

Pakar berpendapat memiliki emas sebagai satu bentuk pelaburan adalah menguntungkan kerana ia mudah dicairkan berbanding hartanah, selain harganya terus meningkat jika disimpan dalam tempoh masa yang panjang.

Pakar Perunding Emas Quantum Metal, Dr Ahmad Asmadi Yusof berkata, emas yang disimpan dalam kuantiti yang banyak dan dalam tempoh masa lama akan memperoleh pulangan nilai berkali ganda.

Baca juga Bersinar macam baru beli, ini 3 cara selamat cuci barang kemas sendiri

Seperti tinjauan yang dilakukan Sinar Harian di beberapa kedai emas sekitar Kelantan mendapati orang ramai memilih berbuat demikian untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung keperluan sekolah anak, sambutan Ramadan, persediaan hari raya dan sebagainya.

Berikut reaksi peniaga emas dan pengguna;

"Harga emas mula naik mencanak sejak awal Mac lalu dengan merekodkan nilai tertinggi setakat ini iaitu RM290 satu gram. Kebetulan orang ramai berdepan dengan situasi baru lepas musim banjir, persediaan kelengkapan sekolah anak, sambut Ramadan dan tidak lama lagi Aidilfitri. Ini menyebabkan ramai pemilik terutama wanita memilih untuk menjual sebahagian daripada aset yang mereka ada." - Pengarah Urusan Mz Gold Sdn Bhd, Murtadhatumizi Mustapha.

"Setiap hari orang datang 'tolak' (menjual) emas, saya anggarkan lebih 10 individu berbuat demikian. Ramai yang mengambil peluang ini untuk mendapatkan wang tunai kerana harga emas sekarang adalah paling tertinggi pernah dicatatkan. Trend tersebut kenaikan itu dijangka kekal sehingga sambutan Aidilfitri." - Penjual emas Sarah Jewels, Nur Amalin Aisyah Ramlee.

"Duit yang diperoleh boleh digunakan untuk persiapan Aidilfitri dan meringankan beban suami. Sekarang ini harga emas paling mahal yang saya pernah jumpa, jadi inilah peluang yang baik kalau hendak dapatkan wang segera." - Suri rumah, Sarimah Yusoff.

Baca juga Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya

emas

Sementara itu buat anda yang sayang menjual semula barang kemas, ini cara kilatkan semula rantai, gelang dan cincin emas yang ada untuk digayakan pada Aidilfitri nanti.

Kalau tak nak susah-susah ke kedai emas untuk cuci, boleh cuba petua yang sangat mudah ini;

1. Air suam dan pencuci pinggan mangkuk

Barang kemas silver dan emas termasuklah yang bersalut, serta white and rosegold boleh dicuci dengan menggunakan air suam dan sedikit bahan pencuci pinggan mangkuk.

Caranya:

  • Masukkan di dalam mangkuk (semua barang kemas).
  • Rendamkan selama 15 minit dengan campuran tersebut.
  • Kemudian, berus dengan berus gigi bayi sebab hujungnya lebih lembut atau guna cotton swab senang cuci celah-celah yang kotor.
  • Akhir sekali, bilas dengan air dan keringkannya dengan kain atau ‘hairdryer’.

2. Aluminium Foil dan serbuk penaik

Caranya:

  • Letakkan gelang emas atau silver anda ke dalam aluminium foil yang dibentangkan dalam mangkuk.
  • Tambahkan air panas dan serbuk penaik lalu rendam selama 30 minit.
  • Selepas itu, angkat dan keringkan dengan kain lembut.

Baca juga Bersinar macam baru beli, ini 3 cara selamat cuci barang kemas sendiri

3. Kain pengilap

Caranya:

  • Gunakan kain pengilap yang mampu mengembalikan kilauan pada silver, emas, brass, platinum dan copper.
  • Lap sehingga bersinar dengan menggunakan krim dan penyembur pengilap.
  • Gunakan kain lembut seperti kain lap cermin mata sebab senang nak kekalkan barang kemas dalam bentuk sempurna.
  • Disarankan untuk lapnya selepas pakai terutamanya dibahagian yang selalu terkena pelembab atau solekan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca