Ini cara carum, tuntut SKSPS PERKESO, individu bekerja sendiri wajib tahu

INDIVIDU yang bekerja sendiri wajib tahu dan carum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO ini kerana banyak manfaatnya!

Dalam pembentangan Belanjawan 2022 lalu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan SPS Khidmat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO.

Skim itu diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Ia juga memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri bermaksud kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Skim tersebut menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Iklan
Iklan

Apa itu SKSPS PERKESO?

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017.

Namun, mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain iaitu;

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Perhutanan
  • Perikanan
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Penjaja
  • Premis Penginapan
  • Perniagaan Online
  • Teknologi Maklumat
  • Pemprosesan Data
  • Ejen
  • Perkhidmatan Profesional
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Kesenian
  • Perkhidmatan Isi Rumah

Syarat Kelayakan;

  1. Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur.
  2. Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

Dokumen diperlukan untuk memohon;

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Baca juga Menabung wang kertas, gadis putih mata duit beli motor dimakan anai-anai

PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.

Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .

Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).

Cara Permohonan;

I) SPS KHIDMAT

Bagi orang bekerja sendiri (OBS) yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon SPS Khidmat, permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Permohonan individu boleh dibuat melalui agensi pentadbiran masing-masing.

Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS (spsfaedah@perkeso.gov.my) untuk proses pendaftaran.

Tempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO.

Untuk tujuan permohonan, pemohon juga dikehendaki menyediakan dokuman-dokumen sokongan berikut bagi memastikan permohonan anda akan diproses;

– Salinan kad pengenalan;

– Surat pelantikan / pengesahan kerja – untuk petugas khidmat komuniti / anggota sektor awam (contract for service) / Anggota Sukarelawan / Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbut

II) SPS PADANAN CARUMAN

Pemohonan bagi SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut;

Permohonan dan bayaran (secara individu atau melalui agensi) boleh dilakukan di Portal MATRIX ; matrix.perkeso.gov.my

Melalui mobil aplikasi PERKESO.

Melalui kaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan.

Permohonan secara pukal oleh agensi/persatuan perlu dikemukakan kepada bahagian Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) untuk proses pendaftaran.

Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 20% (RM46.60) daripada pemohon kepada pihak PERKESO

Faedah-faedah diterima pencarum;

Melalui SPS Khidmat dan SKSPS, mereka yang layak akan menerima faedah-faedah berikut;

  • Faedah perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

Baca juga Berjalan ke sekolah sejauh 2 km walau ada satu kaki. Ini kisah remaja 14 tahun

Pilihan Pakej Caruman SKSPS
Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:

Cara tuntutan;

  • Tuntutan faedah hendaklah menggunakan Borang PS2 yang boleh diperolehi dari laman web PERKESO.
  • Borang PS2 hendaklah dikemukakan beserta dengan dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan, sijil cuti sakit asal, laporan polis dan sebagainya.
  • Borang PS2 beserta dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.

Tarikh Berkuat kuasa;

1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022

Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.perkeso.gov.my.

Banyak manfaatnya! Jadi kepada sesiapa yang bekerja sendiri yang belum mencarum bolehlah berbuat demi kebaikan masa hadapan. Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

2 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

4 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

4 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

6 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

10 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

10 hours ago