Jahidah Nordin dipukul ketika hamil hingga koma, bekas suami diperintah bela diri, 5 info terkini

SEDIH mendengar cerita seorang isteri dipukul oleh suami hingga koma. Insan yang sepatutnya menjadi insan melindungi sanggup bertindak di luar kawalan sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Ramai mula mengikuti kes Jahidah Nordin @Sylvester, 46, yang juga penjawat awam selepas berita kekejaman suaminya tersebar di laman sosial.

Mengimbas kembali kejadian pada tanggal 4 Mei 2021, Jahidah yang merupakan isteri kedua telah dipukul pada bahagian kepala, muka dan tangan.

Tidak dapat membayangkan kesakitan ditanggung, beliau yang ketika itu sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan.

Ketika kejadian, Jahidah sedang sedang hamil empat minggu

Dimaklumkan, rahang, tulang belakang dan rusuknya juga retak dipercayai dipukul lelaki terbabit yang menyebabkan wanita itu terlantar sehingga ke hari ini.

Baca juga: Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak

Iklan
Iklan

Baca juga: Wanita koma dibelasah suami makin lemah, keluarga buntu namun reda

Baca juga: Lulus tuntutan fasakh, wanita mangsa dera suami hingga koma, Jahidah Nordin sah bercerai

Baca juga: Ibu ibu, adik datang ni.’ Gelagat Nufail mengesot masuk bilik sambil cari ibunya yang koma bikin warga maya sebak!

Berikut lima info berkaitan perkembangan terbaru kes Jahidah:

1-Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan Rosmaini Abd Raof, 41, membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, tiga tahun lepas.

2-Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie

terhadap lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu.

3-Mahkamah bagaimanapun menetapkan 24 Januari ini untuk menentukan tarikh perbicaraan.

4-Pada hari kejadian, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki pada belakang tangan Jahidah yang ketika itu masih isteri ketiganya sehingga menyebabkan kecederaan parah.

5-Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Jahidah yang koma akibat kecederaan parah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 November 2021.

Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Feb 2023 sekali gus pasangan itu rasmi bercerai.

Adiknya, Fauziah Nordin sempat menitipkan harapan agar orang kena tuduh iaitu Rosmaini menerima hukuman setimpal.

Baca juga: Takut jadi janda, punca terus didera, 1 daripada 3 wanita Malaysia mangsa keganasan rumah tangga

“Dari dalam perut lagi sampai dua tahun Nufail sentiasa dalam kasih sayang dan jagaan kami.

“Semoga dipermudahkan urusan dan ibu Nufail mendapat pembelaan. Doakan Kami,” titipnya di Tiktok.

Prima Facie boleh diertikan sebagai sekilas pandang atau sekali imbas atau sepintas lalu. Keterangan prima facie pula membawa maksud keterangan yang meyakinkan mahkamah dan mencukupi untuk memastikan wujudnya elemen utama dalam pertuduhun kes jenayah. Beban untuk mengemukakan keterangan prima facie

iniadalah terletak kepada pihak pengadu atau pihak Pendakwa.

Sumber: Bernama, Fauziah Nordin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

3 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

4 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

19 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

20 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

20 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

20 hours ago