Jangan bahayakan nyawa! 6 kajian Ivermectin tidak berkesan cegah kematian
ISU penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan bagi mengubati Covid-19 hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu dan salah satu daripadanya adalah ubat Ivermectin.
Dakwa sesetengah daripada mereka, pil itu sangat mujarab dan mampu memulihkan pesakit yang telah menghidap wabak pandemik itu.
Hakikatnya, ivermectin merupakan ubat antiparasit untuk melawan kecacingan dalam tubuh khusus buat haiwan sahaja.
Terbaharu, dua orang dilaporkan mengalami keracunan akibat mengambil Ivermectin tanpa saranan dan kawalan pihak hospital.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Pusat Racun Negara mendedahkan:
Kes pertama - Individu 35 tahun mengalami sesak nafas berpanjangan selama lima hari selepas mengambil sebiji pil Ivermectin.Kes kedua - Warga emas tidak sedarkan diri selepas mengambil 15 pil Ivermectin sekali gus.
Dua kes ini yang hanya dilaporkan kepada Pusat Racun Negara tetapi sudah cukup untuk dijadikan pengajaran betapa bahayanya mengambil Ivermectin secara sembrono.
Belum ada antidot atau rawatan khusus untuk pesakit yang mengalami keracunan akibat Ivermectin.
Tiada ubat yang boleh mencegah atau merawat Covid-19 termasuklah Ivermectin. Hanya vaksin yang terbukti boleh mencegah Covid-19 setakat ini.
Orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dengan mengambil Ivermectin yang digunakan untuk haiwan seperti kuda dan anjing secara sesuka hati.
Di Malaysia, tiada ubat Ivermectin yang diluluskan untuk kegunaan manusia.
Ya, memang betul ada kajian berkaitan keberkesanan Ivermectin yang telah dijalankan sebelum ini iaitu:
- Enam kajian dijalankan tentang keberkesanan Ivermectin bagi menghalang kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 TETAPI semua 6 kajian itu TIDAK menunjukkan ubat itu berkesan dalam mencegah kematian.
- Tiga kajian dijalankan bagi menilai kemampuan Ivermectin mencegah Covid-19 dan keputusannya juga TIDAK menunjukkan ia dapat mencegah Covid-19. (Sumber: Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah).
Pendek kata, tiada bukti klinikal yang nenunjukkan Ivermectin boleh mencegah atau merawat Covid-19.
Patuhilah nasihat doktor dan ahli farmasi yang bertauliah.
Antara kesan sampingan Ivermectin;
1. Pening
2. Sawan
3. Alahan
Baca juga [VIDEO] Covid-19: Dr Malar ‘sekolahkan’ pihak dakwa ivermectin boleh cegah kematian 100%
4. Koma
5. Muntah
6. Kematian
Sumber: KKM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang