Jika rajin, hanya guna kentang elak jerawat, wajah tua
RAJIN! Itu adalah kunci dan faktor utama jika ingin mendapatkan wajah yang sihat, bersih dan segar. Biarpun malas, jangan sesekali mengabaikan rutin asas penjagaan wajah untuk memastikan kulit sentiasa bersih terutama bagi individu yang gemar menggunakan alat solek.
Selain itu, merawat kulit wajah juga merupakan salah satu perkara penting untuk kecantikan wajah. Ini termasuk mengatasi masalah jerawat dan bintik-bintik hitam di muka.
Untuk pengetahuan, terdapat banyak bahan semula jadi yang kita boleh guna pakai untuk merawat kulit wajah termasuk kentang.
Ya! Kentang boleh dimanfaatkan bagi membantu merawat kulit wajah kita. Antaranya adalah seperti:
1. Atasi Jerawat
Salah satu manfaat kentang adalah untuk mengatasi masalah jerawat. Ini kerana kandungan yang bersifat anti radang dapat meredakan keradangan pada jerawat.
Kentang juga boleh digunakan sebagai sapuan di muka bagi mengatasi masalah jerawat.
2. Bantu pudarkan kesan jerawat
Selain mengatasi jerawat, kentang juga berupaya memudarkan bekas jerawat di muka.
Ini disebabkan oleh kandungan vitamin B3 yang terdapat pada kentang. Korang hanya perlu menggunakan kentang segar sebagai sapuan di muka bagi membantu memudarkan bekas jerawat.
3. Atasi bitnik hitam
Menurut kajian, kandungan kanji dan gula dalam kentang dikatakan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan membantu pertumbuhan sel-sel baru.
Kandungan vitamin C, vitamin B6, zinc, potassium dan fosfor sangat berguna serta dapat bantu menghasilkan kolagen di kulit.
Korang hanya perlu menghiris kentang yang sudah dibersihkan, sapukan air ke permukaan kentang dan letakkannya pada bahagian yang mempunyai bintik hitam. Biarkan sehingga 10 minit.
4. Atasi lingkaran gelap bawah mata
Masalah lingkaran gelap di bawah mata boleh membuatkan sesetengah orang hilang keyakinan diri.
Bahan semula jadi seperti kentang boleh dimanfaatkan untuk mencerahkan lagi lingkaran gelap di bawah mata.
Hanya perlu mengupas dan memotong kentang tersebut menjadi potongan yang besar.
Kemudian, bungkus dengan kain bersih lalu letakkan di atas lingkaran mata selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam.
5. Atasi masalah kulit kering
Kentang juga dapat menolong mengatasi masalah kulit kering.
Caranya cukup mudah! Korang hanya perlu memarut kentang dan tambahkan satu sudu teh dadih.
Kemudian, sapukan pada wajah selama 20 minit. Setelah itu, bilas wajah dengan air sampai bersih.
6. Lengahkan proses penuaan
Ya! Salah satu tanda-tanda penuaan adalah kedut-kedutan yang muncul di wajah.
Untuk mengatasi masalah tersebut, korang hanya perlu menumbuk kentang yang sudah dikupas lalu menyapukannya pada kulit wajah.
Biarkan selama sekurang-kurangnya 20 minit dan bilas dengan air.
7. Mampu cerahkan kulit wajah
Untuk mencerahkan wajah, campurkan kentang dengan jus lemon atau yoghurt. Lakukannya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
8. Bantu tangani kulit terbakar matahari
Kentang juga dapat menangani kulit yang terbakar akibat cahaya matahari.
Caranya juga mudah! Kita hanya perlu menyiapkan kentang yang sudah dihiris dan letakkannya di atas bahagian kulit yang terjejas.
Biarkan selama 20 minit lalu bilas sehingga bersih. Selain itu, korang juga dapat menyapu jus kentang pada kulit.
Mudah bukan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang