JUAL air zamzam, anda akan berdepan hukuman penjara selama dua tahun atau denda berjumlah RM10,000!

Air zamzam berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Mekah.

Ia sangat istimewa kerana ia boleh dimmakkahinum terus dari telaga tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain.

Ajaibnya air zamzam boleh bertindak balas berdasarkan niat atau doa ketika meminumnya. Air yang penuh dengan mineral. ‘One of the best drink!’

Biasanya, bagi umat Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan berkunjung ke telaga zamzam dan bawa pulang ke tanah air untuk disedekahkan atau disimpan sebagai bekalan.

Oleh kerana banyak khasiatnya, ada yang mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan air zamzam disebabkan permintaan yang tinggi.

Namun begitu, orang ramai diingatkan berwaspada kerana anda boleh dihukum penjara dan denda!

Ini berikutan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah mengeluarkan satu posting di Facebook tentang larangan jualan air zamzam.

Baca juga Air zamzam ‘the best’, ini 7 minuman terbaik di dunia

Jual air zamzam, penjara kurang 2 tahun atau denda RM10,000 menanti

Menerusi posting tersebut, BKKM menegaskan bahawa penjualan air zamzam dilarang dan pihak yang terlibat boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda sebanyak RM10,000.

Ia kerana disebabkan banyak laporan yang diterima setiap kali musim haji, beberapa pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan buat keuntungan mudah dengan mengimport, menjual, mengedar secara haram.

Untuk pengetahuan, air zamzam ini termasuk dalam kategori air mineral semula jadi yang telah termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Bagi yang mempunyai maklumat tentang kegiatan haram ini, diminta menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga korang boleh lakukan secara atas talian di laman web rasmi dan laman Facebook KKM.

Iklan

Sementara itu, ini keajaiban air zamzam;

1. Sebagaimana yang diceritakan dalam kitab Taurat, Injil dan al-Quran, terdapat sejenis air yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia boleh diminum terus dari telaga tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain. Air itu ialah air zamzam.

2. Sejak penemuannya, air dari telaga yang dikelilingi padang pasir di Makkah itu tidak pernah luak dan terus dinikmati oleh berjuta-juta umat Islam yang menunaikan haji dan umrah saban tahun.

Baca juga Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan

Iklan

3. Saintis Jepun telah membuat kajian terhadap air zamzam dan mereka mengakui air biasa tidak dapat menandingi air zamzam walaupun cuba diolah menggunakan pelbagai teknologi canggih bagi menghasilkan air alkali yang setara khasiatnya.

4. Banyak cerita dan testimoni yang menyebut tentang manfaat air zamzam dalam menyembuhkan penyakit kronik. Ibnul Qayyim berkata: “Selain saya mencuba untuk berubat dengan air zamzam untuk pelbagai penyakit, akhirnya saya mendapati keajaiban yang luar biasa dan saya mendapatkan kesembuhan dengan izin ALLAH.”

Sumber: Facebook BKKM, Dr Johari Yap

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.