Kacang kuda punca kita banyak kali kentut, ini fakta saintifik penyelidik bidang kimia

SEMUA orang kentut tetapi jarang sekali menghadapi masalah kerap kentut.

Berdasarkan kajian, dalam sehari biasanya seseorang boleh keluarkan angin antara lima hingga ke-15 kali.

Menurut portal kesihatan, thediagnosa.com, kekerapan kentut didefinisikan sebagai kentut sebanyak 20 kali dalam sehari.

Perlu diketahui, kentut adalah sesuatu yang normal dan ia menunjukkan aktiviti bakteria yang terdapat di dalam usus manusia.

Pun begitu, jika seseorang itu memakan sesuatu jenis makanan seperti kacang kuda, beliau akan lebih kerap kentut berbanding waktu-waktu yang lain.

Bagaimanapun, kentut yang kerap akan menyebabkan kita rasa tidak selesa dan juga risau dengan masalah tersebut.

Mengulas mengenai topik sama, Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Fatimah Salim turut mengakui kacang kuda akan menyebabkan seseorang lebih banyak kentut.

Iklan
Iklan
DR Fatimah Salim.

Mengapa keadaan itu berlaku?

Jawabnya, tumbuhan kekacang (legumes) seperti kacang kuda sebenarnya mengandungi karbohidrat kompleks jenis oligosakarida yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfagalactoside.

Oleh sebab itu, keberadaan enzim berkenaan adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia.

“Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan kacang ini kurang kentut dan kini kerap pula kentutnya,” tulis Dr Fatimah menerusi Facebooknya.

Memperincikan lebih lanjut mengenai keadaan itu, Dr Fatimah menjelaskan, disebabkan ketiadaan enzim khusus itu, maka tugas pencernaan akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi.

“Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana.

“Gas tersebut kemudiannya akan dikeluarkan daripada sistem usus besar sebagai kentut. Selain daripada terhasilnya gas, fermentasi oligosakarida juga menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids -SCFA) yang baik untuk kesihatan usus,” beritahu beliau.

Namun katanya, sesetengah individu tidak akan kentut disebabkan memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.

Dr Fatimah menambah, kentut berbunyi adalah disebabkan oleh getaran otot dubur semasa gas-gas berkenaan dikeluarkan.

Oleh sebab itu, bunyi kentut yang kuat adalah disebabkan oleh isipadu gas yang besar sekali gus ‘menerjah’ keluar.

“Bau dan jumlah kentut adalah berbeza untuk setiap individu bergantung kepada jenis makanan yang diambil dan tahap kesihatannya.

“Sebagai contoh makanan yang boleh menyebabkan kentut berbau adalah makanan yang tinggi kandungan sulfur seperti telur, kubis, keju, bebawang, durian dan lain-lain.

Artikel berkaitan: Masalah angin dalam badan, 6 tip bina sistem pencernaan yang baik

“Makanan-makanan itu akan menghasilkan gas hydrogen sulfide kerana bau kentut yang busuk juga disebabkan oleh najis yang terkumpul dalam rektum. Kentut sebenarnya adalah aktiviti yang sihat, namun kentutlah dengan berhemah,” kata Dr Fatimah.

Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian tersebut, kita lebih jelas mengapa kacang kuda akan menyebabkan kekerapan untuk seseorang itu kentut lebih banyak dan ia bukanlah mitos semata-mata. Semoga perkongsian SinarPlus memberi manfaat. Salam Jumaat!

ANEKDOT

BERIKUT antara tip memudahkan penghadaman karbohidrat kompleks:

1. Rendam secukupnya makanan jenis kekacang terlebih dahulu untuk memudahkan proses memasak dan penguraian karbohidrat. Tindakan itu akan mengurangkan aktiviti fermentasi oleh bakteria.

2. Kunyah makanan dalam tempoh yang lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alphagalactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.

3. Kurangkan pegambilan makanan terproses dan gula tersedia seperti gula putih dan sirap tinggi fruktosa. Ini boleh mengurangkan populasi bakteria baik dalam usus.

4. Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yogurt, tempoyak, cencaluk dan tapai untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus. Perlu diketahui bahawa probiotik tersebut biasanya akan mati dengan suhu memasak maka eloklah diambil mentah.

5. Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Ingat, bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk mereka ditumpang (win-win situation).

Sumber: Pensyarah Kanan Kimia dan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Fatimah Salim.

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

54 mins ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

2 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

3 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

5 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

9 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

9 hours ago