KKM seru orang ramai sertai kaji selidik berkenaan penerimaan vaksin Covid-19
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan pautan baharu dan menjemput orang ramai untuk mengisi borang tinjauan berkenaan penerimaan terhadap vaksin Covid-19.
Perkara itu juga turut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya seperti Facebook dan juga Twitter.
KKM mempelawa anda untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19.
Sila klik https://t.co/8A6BfJHM21 untuk menjawab soalan.#COVID19#KitaMestiMenang#sihatmilikku
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) ?ref_src=twsrc%5Etfw">December 21, 2020
Dalam borang kaji selidik tersebut, kita boleh mengakui tahap penerimaan vaksin tersebut sama ada menyokong atau sebaliknya.
Dalam pada itu daripada segi bahan, komplikasi serta sama ada ada kita bersetuju jika mereka perlu membayar untuk vaksin itu. Maklumat peribadi tidak perlu disertakan dalam kaji selidik ini.
Cara untuk menyertai kaji selidik itu juga cukup mudah!
Korang hanya perlu klik http://tiny.cc/Vcovid19 dan menjawab beberapa soalan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan kerajaan baru sahaja memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal, Astra Zeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19 atau tambahan sebanyak 10 peratus lagi.
Perkembangan semasa berkaitan pembekalan vaksin #COVID19 untuk Malaysia.
Semua perjanjian ini akan memberikan Malaysia akses vaksin bagi keperluan 83% rakyat Malaysia atau 26.5 juta.
Sumber : Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pic.twitter.com/TtKE2Gk6Y2
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) ?ref_src=twsrc%5Etfw">December 22, 2020
Setakat ini, kerajaan sudah mengatakan bahawa vaksin tersebut akan diberikan secara percuma kepada rakyat.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga turut menawarkan diri untuk menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.
Menurut beliau, ini bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin Covid-19 diperoleh itu adalah selamat dan berkesan.
Ia kemudiannya akan disusuli dengan petugas barisan hadapan, sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang