Lagi kes borang rentas negeri dengan cop ketua balai

BEBERAPA hari lalu panas di laman sosial pendedahan seorang individu mengenai borang rentas negeri kosong dengan tandatangan ketua balai polis.

Belum pun reda kisah kejadian di Chukai, Kemaman, Terengganu kini muncul pula kes yang hampir sama di Selangor.

Berikutan tular sekeping borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 sejak petang semalam, polis Daerah Shah Alam bertindak membuka kertas siasatan.

Iklan
Iklan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol dalam kenyataan memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Hari ini (semalam) tular borang rentas negeri Balai Polis Seksyen 6 dengan tandatangan dan bercop Penolong Ketua Balai berkenaan dengan tulisan “Thank you tolong kali kedua, xyah bratur panjang2. Ad cable dahh mudoh basoe sney kiro”

.

“Siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Penolong Ketua Balai, Sarjan Mejar Mohd Fadzli Ali.

“Justeru, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 243 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman Terengganu tular di laman sosial.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan, menafikan wujud prosedur operasi standard (SOP) baharu kononnya borang rentas negeri diluluskan dengan tandatangan pegawai polis terlebih dulu sebelum pemohon mengisi borang berkenaan.

Artikel berkaitan: ‘Lulus Dahulu Baru Isi Borang’, Polis Buka Kertas Siasatan

Selain itu, Hanyan memaklumkan siasatan awal mendapati tandatangan milik Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang berkenaan dipalsukan.

Penularan surat kebenaran itu kali ini dilihat lagi menambah kemarahan warganet yang berang dengan tindakan itu yang didakwa ia sebagai perbuatan pecah amanah.

Ada yang kecewa dengan menyatakan kerisauan permohonan merentas negeri selepas ini menjadi semakin ketat dan menyusahkan jika terdapat kecemasan.

Terdahulu, PDRM mengumumkan akan memperketatkan semua pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan tiada yang terlepas pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan.

Jadi, jika benar korang ada urusan kerja atau kes kecemasan yang memerlukan merentas negeri, gunakanlah saluran betul dengan mendapatkan kelulusan Kementerian PerdaganganAntarabangsa dan Industri (MITI) dan polis.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Faizal Hussein kongsi gambar sekeluarga, wajah anak-anak jadi perhatian. ‘Nampak sebaya semua, kakak iras nenda. Smartnya!’

WAJAH aktor popular Faizal Hussein tidak banyak berubah dengan zaman mudanya dahulu. Tetap kacak dan…

2 mins ago

Dayah Bakar kongsi momen sebagai isteri pejuang negara. ‘Pengorbanan ibu ibarat ladang pahala, saham akhirat’

PENGHIAS muka depan minggu ini, SinarPlus tampilkan Dayah Bakar, pengacara yang petah berbicara dan sangat…

2 hours ago

Macam anak dara! Nenek usia 63 tahun muncul wanita tertua di gim, dedah rahsia awet muda

SIAPA sangka, seorang wanita di China menjadi sensasi di media sosial apabila penampilannya tak ubah…

2 hours ago

Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian

BERITA pemain Selangor FC, Faisal Halim cedera disimbah asid mengejutkan ramai. Apatah lagi apabila ia…

2 hours ago

Bibik dapat ‘tuah’, terima wasiat lebih RM12 juta

  TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang pembantu rumah di…

3 hours ago

Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai…

18 hours ago