WAJAH aktor popular Faizal Hussein tidak banyak berubah dengan zaman mudanya dahulu.

Tetap kacak dan handsome bergaya seperti dahulu. Siapa tak kenal, kan dengan hero Gila-Gila Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya.

Malah, senyuman manis beliau sejak dahulu sehingga kini menjadi pujaan hati ramai peminat biarpun sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata.

Justeru, tidak hairanlah ramai yang kagum melihat penampilannya yang awet muda walaupun sudah memasuki separuh abad.

Bahkan, Faizal sebelum ini pernah berkongsi petua awet muda.

Baca ni Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

faizal husseinKata empunya diri, beliau hanya minum air masak dan tidak minum air yang berais. Selain itu, Faizal juga tidak akan tambah makan walaupun hidangan yang disediakan sangat sedap.

Memulakan karier dalam bidang lakonan pada tahun 1972 dan sehingga kini Faizal Hussein masih aktif.

Biarpun sudah lebih 30 tahun di persada seni, nama beliau tetap utuh dan kekal relevan dalam industri hiburan tempatan.

Bahkan, namanya masih ‘laku’ dan menjadi pilihan penerbit serta pengarah bagi membintangi filem dan juga drama tempatan.

Hasil perkongsian hidup bersama pelakon Suhaila Sulaiman, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick Faizal,18 dan Fazryn Faizal, 15.

Selain gemar berkongsi berkenaan kerjayanya di media sosial, Faizal juga turut memuatnaik gambar isteri dan anak-anaknya.

Memetik kata-kata tuan punya badan, tiada apa yang istimewa cuma masanya cukup berharga untuk dihabiskan bersama insan tersayang.

Baca juga ‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

faizal

Duta pakaian terkenal

Baru-baru ini, Pemenang Anugerah Pelakon Drama terbaik 2019 ini berkongsi gambar mereka sekeluarga.

Rata-rata memuji wajah anak-anak saling tak tumpah dengan ibu bapa mereka.

Terbaharu, keluarga bahagia tersebut terpilih untuk menjadi model pakaian sukan daripada sebuah jenama terkenal.

Cukup bersahaja dan penuh gaya mereka beraksi, seolah-olah sudah biasa berbuat demikian. Wajah anak lelaki pelakon berkenaan nyata meraih perhatian dan dipuji seiras Faizal sementara yang perempuan pula lebih mirip dengan allahyarham neneknya, mahyon Ismail.

Berikut antara kata-kata yang dikongsikan warga maya menerusi ruangan komen di Instagram milik Faizal:

Baca lagi Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

faizal hussein 1

‘ala..suka sangat satu famili jadi duta adidas.’

Iklan

‘Tangan berurat lagi,,jawline pon padu lagi di usia begini. Idola betul lah.’

‘Ok lepas ni ajen leh ambil jadi model anak beranak…approve.’

‘Nampak sebaya je semua.’

‘smart betul perfect satu team family jadi model.’

‘Mommy best friend is family.’

Baca lagi ‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

faizal 1

Iklan

‘Abang sulung dengan adik beradik jadi duta adidas ke ni.’

‘Tu-tua2 pun hensem bang.. makan apa bang?’

‘Anak girl lawa ank boy encem mak ayah memmang dua-dua lawa.’

‘anak abang yang perempuan tu skali pandang macam muka arwah mak abang masa muda-muda pula.’

‘Tak dimamah dek usia langsung bro Faizal.’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!