Mata merah simptom varian baru Covid-19, kanak-kanak paling berisiko! Ibu ayah wajib tahu ni
Mata merah simptom varian baru Covid-19, kanak-kanak paling berisiko! Ibu ayah wajib tahu ni
RAYA sudah datang! Pasti ramai yang rasa teruja untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri kali ini bersama keluarga tercinta.
Walau bagaimanapun, jangan lupa, Covid-19 masih lagi wujud dan tetap mengancam kesihatan kita.
Sebab itulah, kita perlu cakna akan tanda covid dan cara mencegah penyakit berjangkit terutamanya ketika dalam musim perayaan.
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kemunculan varian baharu Arcturus atau XBB.1.16.
Varian ini telah menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di 22 buah negara di seluruh dunia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian ini merupakan salah satu daripada 600 subvarian Omicron. Ia juga mudah berjangkit dan lebih berbahaya terhadap kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Raya, raya juga! Tetapi, jangan lupa Covid-19 boleh mendatangkan bahaya berpanjangan terhadap diri anda dan juga keluarga. Ramai yang tidak tahu akan risiko long Covid terutamanya dalam jangka masa panjang.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai varian baharu ini dan cara mencegah penyakit berjangkit ketika beraya. Jom baca!
Apa itu varian baharu, Arcturus XBB.1.16?
1. Arcturus atau XBB.1.16 merupakan varian Omicron baharu yang sedang dipantau oleh WHO
Varian ini menyebabkan peningkatan kes baharu di India dan Amerika Syarikat
Menunjukkan simptom unik terhadap kanak-kanak
2. Menurut WHO, strain ini pertama kali dikesan pada akhir bulan Januari lalu. Kajian makmal juga menunjukkan gejala Arcturus lebih kurang sama dengan varian-varian sebelum ini.
3. Walau bagaimanapun, tahap kebolehjangkitannya adalah lebih tinggi, 1.2 kali ganda lebih mudah menular berbanding XBB.1.5 atau Kraken yang pernah mencetuskan kebimbangan awam suatu ketika dahulu.
4. Antara simptom dan tanda covid varian Arcturus ialah demam, batuk dan sakit mata (konjunktivitis). Simptom ini berbeza dengan simptom yang ditunjukkan oleh varian Covid-19 dahulu.
5. Selain itu, jangkitan varian ini juga lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
6. Menurut pakar, tidak mustahil varian ini bakal merebak di negara kita secara semula jadi atau dari luar negara. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia digesa supaya lebih berhati-hati ketika musim perayaan kali ini.
Ada banyak langkah yang boleh anda lakukan untuk elakkan tanda Covid-19. Langkah yang paling berkesan adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin seperti yang dijadualkan.
Baca juga Subvarian Kraken XBB.1.5 boleh cetus gelombang besar Covid-19, 10 info perlu tahu
Antara simptom Covid-19 yang perlu anda perhatikan:
- Demam
- Batuk
- Sukar bernafas
- Keletihan
- Sakit otot
- Hilang deria rasa
- Sakit tekak
- Hidung tersumbat
- Loya dan muntah-muntah
- Cirit-birit
Sebenarnya, ada banyak cara untuk kita kekal selamat ketika beraya. Antaranya;
1. Sedar akan tanda Covid dan risikonya.
2. Walaupun sudah 3 tahun berlalu, masih ada risiko untuk anda atau ahli keluarga dijangkiti Covid-19.
3. Ketika beraya, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan risiko Covid-19.
4. Elakkan beraya terlalu lama di satu-satu rumah. Sekiranya ada terlalu ramai orang, cepat-cepatlah pulang, terutamanya jika kawasan tersebut dipenuhi kanak-kanak dan juga warga emas.
5. Jangan sesekali mengunjungi rumah orang yang sakit. Kalau boleh, telefon dahulu sebelum berkunjung. Di samping itu, elakkan juga berjumpa orang ramai sekiranya anda sendiri ada tanda covid seperti tidak sihat.
6. Jika anda mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak, asingkan diri daripada orang lain dan lakukan ujian Covid-19. Dapatkan rehat yang mencukupi. Justeru kalau boleh, pakai pelitup muka sepanjang masa. Jangan lupa, pastikan ia menutup hidung.
7. Berkumpul di kawasan luar rumah. Apa kata, pada hari raya kali ini, kita ajak semua orang berkumpul di luar rumah?
Untuk pengetahuan anda, penyebaran Covid-19 dapat dikurangkan dengan signifikan sekiranya berada di kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.
Dengan cara ini, sambutan dapat dilakukan secara bersederhana. Risiko penyakit berjangkit juga dapat dikurangkan.
8. Jangan lupa basuh tangan. Pastikan anda sentiasa membasuh tangan. Kalau boleh, elakkan bersalam-salaman dengan orang lain.
Jangan lupa. Kebersihan diri merupakan kunci utama untuk melawan penyebaran Covid-19.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Hello Doktor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang