SEKARANG ramai yang tak sabar nak tahu bila agaknya bangunan baru di tengah-tengah Kuala Lumpur ini akan siap sepenuhnya.

Ketinggiannya mengatasi Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Tun Razak Exchange (TRX).

Tahukah anda, bangunan itu kalau dah siap, ia akan jadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa!

Mari kita baca bebenang yang dikongsikan Skyscrapers My ini.

Bangunan ni nama rasminya ialah, Menara Merdeka 118. Juga dikenali sebagai PNB 118.

Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad).

Sebelum tu, walaupun bangunan ni sama warna biru dengan menara TRX, bangunan ini tiada kaitan langsung dengan TRX.

Menara TRX (kiri) dah siap dibina tahun 2019. Sedangkan Merdeka 118 akan siap tahun depan, 2021.

Nama bangunan ni, Merdeka 118 adalah sempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan ni, 118 tingkat.

Rekaannya pula bukan biasa-biasa. Ia adalah berdasarkan “silhouette” imej Tunku Abdul Rahman sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957.

Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja-saja pacak tau,  tapi sebab ia melambangkan tangan Tunku Abdul Rahman.

Bangunan ini dari bawah, sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan  kaca yang membentuk seperti kristal.

Tapak asas menara ni yang berbentuk diamond adalah dari motif Songket  Melayu.

Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula  melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ini dibangunkan dalam 3 fasa.

Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri. Fasa 2, mall dan taman rekreasi.  Fasa 3, tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama. Fasa 1 dan 2 akan siap pada 2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.

Menara Merdeka 118 tu sendiri terdiri dari 3 bahagian; pejabat gred-A,  hotel Park Hyatt dan anjung tinjau.

Pejabat terdiri dari 83 tingkat, hotel 17 tingkat, manakala 18  selebihnya untuk ameniti seperti anjung tinjau, sky lobby, restoran,  dan ruang VIP.

Empat tingkat teratas menara ni menempatkan anjung tinjau dan restoran.  Anjung tinjau itu ada teropong seperti di Menara KL. Jadi, kita boleh  tengok pemandangan bandaraya KL dari paras ketinggian 500 meter.

Anjung tinjau Merdeka 118 ini juga adalah yang tertinggi di Asia Tenggara!

Untuk naik ke anjung tinjau tu, kita kena naik lif panel kaca yang boleh nampak pemandangan kat luar.

Siapa yang gayat, memang kena pejam mata je lah.. Sebab dlm lif ni,  dia ada letak sekali cermin kat belakang Face with tears of joy Kalau korang nak tau, lif tu juga adalah lif panel kaca yang tertinggi  di dunia.

Nak naik dari tingkat 1 ke tingkat 118 dengan hanya ambil masa 65  saat.

Selain tu, kat bawah menara ni pula ada shopping mall 7 tingkat. Kat luar, ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke  hujung sepanjang Stadium Merdeka.

Iklan

Nun jauh ke hujung taman pula, disediakan platform untuk orang ramai  ambil gambar. Platform ni berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela. Kalau  turun monorel tu, boleh terus jalan kaki ke sini.

Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan ‘light  strip’ yang bercahaya dan bergerak dari bucu ke bucu.

Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika  dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.

Arkitek kepada Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal  dari Australia.

Beliau terkenal dengan Eureka Tower yang pernah menjadi bangunan  tertinggi di Australia.

Setakat Ogos 2020, teras Menara Merdeka 118 dah pun berjaya cecah tingkat tertingginya iaitu pada tingkat 118.

Bangunan ni dirancang seawal tahun 2009, kemudian mula dibina pada  2014. Bermula dari 2018, menara ini perlahan-lahan naik sampailah  sekarang dah ke paras terakhir.

Tahun 2019, apabila bangunan ni semakin meninggi, ia mula jadi  perhatian.

Iklan

Menara Merdeka 118 ini adalah pelaburan hartanah untuk PNB yang  memakan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk ‘break-even’.

Merdeka 118 bakal siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2021.  Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan  tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di  dunia.

Namun, ada ura-ura yg mengatakan ketinggiannya akan ditingkatkan  sehingga mencapai 678.9 meter. Yang itu, sama-sama kita nantikan… Ilustrasi berikut adalah perbandingan Merdeka 118 dengan Burj Khalifa  serta beberapa pencakar langit yang lain di dunia.

Sumber : Skyscrapers MY