NAMPAKNYA pengumuman kerajaan membuka semua border dan pintu sempadan negara menyebabkan ramai yang berpusu untuk keluar negara ataupun datang ke negara kita Malaysia.

Disebabkan terlalu lama pintu sempadan ditutup dek kerana Covid-19, ramai antara kaki jalan mempunyai pasport yang sudah tamat tempoh.

Bagi yang ingin membuat pembaharuan pasport (PMA) tersebut, kini bermula 11 Mei 2022, pembaharuannya adalah melalui online sahaja dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia. ‘Walk-in’ dah tak boleh!

Ini kerana jumlah yang berpusu-pusu ke sana terlaku ramai pada ketika ini. Jadi semua urusan perlu dilakukan secara online.

Sementara itu, walk-in hanya boleh untuk kali pertama permohonan, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak bawah 13 tahun, bakal jemaah haji, pelajar di Malaysia sambung belajar (further study), pasport hilang dan rosak sahaja.

Baca juga Maybank MAE kini boleh keluarkan duit tanpa kad, sentuh ATM, hanya imbas Kod QR

Ini cara pembaharuan pasport online;

1) Bukak portal ni > https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?fbclid=IwAR2PVBit5daD-BL96kIeBWt9_xMue-0-vzCqPgnQ9uqyqJeu6xJ4H8D60cE

2) Click ‘SETUJU’ lepas dah baca T&C.

3) Isi semua maklumat. Nak senang korang siap sediakan pasport lama untuk senang nak rujuk.

4) Nanti ada list pejabat yang boleh pilih untuk ambil pasport.

pasport

Permohonan online untuk pembaharuan sebelum pukul 3 petang, anda boleh ambil pada hari yang sama atau keesokannya yang jatuh pada hari bekerja.

5) Upload gambar ikut kriteria yang ditetapkan:

Iklan
  1. Background wajib warna putih
  2. Pakaian warna gelap
  3. Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung warna gelap
  4. Upload softcopy ya. Jangan guna gambar polaroid)

6) Buat bayaran guna credit card/ direct debit (FPX)

  • Permohonan biasa (13 – 59 tahun): RM200
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100

Pembaharuan pasport

Pastikan simpan resit! Untuk ambil, anda wajib hadir sendiri untuk mengambil pasport, tak boleh wakil!

Perlu tunjukkan IC, pasport lama dan resit payment.

Untuk pemohon bawah 18 tahun, perlu datang mengambilnya bersama penjaga dan wajib bawa sijil lahir.

Iklan

Wah! Lagi senang kalau ‘renew’ online kan! Tinggal datang ambil jer.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI