MyKid tidak wajib dimiliki, hanya dokumen tambahan, 10 info penting ibu bapa perlu tahu

MYKID merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada si kecil yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad, cuma ia tidak memaparkan gambar dan cap jari.

Lazimnya, selepas dikurniakan cahaya mata, ibu bapa atau penjaga perlu mendaftarkan kelahiran bayi mereka dalam tempoh 60 hari.

Selepas selesai urusan sijil kelahiran, MyKid perlu dimohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

Mungkin ramai yang beranggapan dokumen pengenalan berwarna merah jambu itu wajib dimiliki. Namun, ia rupanya adalah rekod tambahan sahaja.

Baca juga: Cara mudah tukar nama anak di JPN, mak-mak wajib tahu

Baca juga: IC rosak? Ini cara mudah tukar MyKad melalui panggilan telefon, 30 minit siap!

Berikut 10 info berkaitan mengenai isu ini:

1-Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misma, berkata sejak 2021, sejumlah 160,000 permohonan MyKid diproses JPN dengan kira-kira 40,000 dokumen itu sudah diserahkan bergantung kepada bekalan mikrocip yang diterima pihaknya.

2-Bagaimanapun katanya, waris yang belum menerima MyKid tidak perlu bimbang dengan ketiadaannya kerana memiliki dokumen itu bukan suatu kewajipan.

3-Zamri berkata kepada portal berita tempatan menegaskan Mykid adalah dokumen tambahan dan orang ramai tidak perlu bimbang dan risau.

4-Menurutnya tiada individu akan ditangkap jika tidak memiliki MyKid. Malah ia tidak menimbulkan masalah.

5-Katanya, yang paling penting dan perlu ada ialah sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN.

6-Terdahulu, media melaporkan mengenai rungutan waris yang belum menerima MyKid berikutan ketiadaan bekalan kad itu di seluruh negara.

Baca juga: Ini cara betul palang MyKad. Elak disalahguna, identiti dicuri. Ada 3 jenis kad pengenalan lain di Malaysia

Sumber: Facebook JPN

7-Tambahnya, biarpun MyKid bukan kewajipan, namun bagi mereka yang mempunyai keperluan mendesak mendapatkan dokumen itu boleh menghubungi pejabat JPN terdekat.

8-Untuk pengetahuan anda, MyKid adalah akronim yang bermaksud ‘My’ sebagai ‘Malaysia’ manakala ‘Kid’ pula adalah singkatan kepada ‘Kad Identiti Diri.’

9-Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

10-Mykid mengandungi tiga aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu aplikasi JPN (data kelahiran), maklumat kesihatan dan pendidikan.

Baca juga: Beri nama anak panjang berjela, kemudian mahu tukar kembali? Ini panduan dan syarat-syaratnya

Kelebihan MyKID

1.Ia mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.

2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.

3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil

4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak daripada ia disalahgunakan.

5. Berteknologi cip yang mana maklumat ia boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat  pada cip tersebut juga mudah untuk dikemas kini.

6. Bentuknya cantik dan menarik.

Baca juga: Permohonan MyKid 2022 dibuka semula, hanya ‘walk in’. Ini dokumen diperlukan

Baca juga: Trend mansuh bin & binti pada Mykid anak, ibu bapa wajib tahu ni

Sumber: Berita Harian, Harian Metro, JPN 1, 2

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

13 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

14 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

1 day ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

1 day ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

1 day ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

1 day ago