Naik lagi! Ibu-ibu kena tahu ini harga terbaru roti Gardenia mulai 1 Oktober 2023

Naik lagi! Ibu-ibu kena tahu ini harga terbaru roti Gardenia mulai 1 Oktober

NAIK harga lagi! Sebut sahaja Gardenia, buat penggemar roti pastinya sudah dapat membayangkan keenakan dan kelembutan roti putih jenama tersebut.

Namun berita kurang baik buat semua ‘hantu’ roti, tular di laman sosial sebuah notis memperlihatkan senarai perubahan harga produk-produk Gardenia berkenaan.

Notis yang baharu dikeluarkan oleh pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd berkenaan harga peruncit dan harga pengguna baharu bagi 30 produk di bawah syarikatnya.

Menerusi perkongsian itu, senarai harga baru beberapa jenis roti Gardenia tersebut mengalami kenaikan harga sebanyak RM0.10 hingga RM0.40 bagi produk terpilih berbanding sebelumnya.

Iklan
Iklan

Peningkatan dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan dijangka menjadi punca syarikat itu terpaksa menyemak semula harga (price revision).

Sebelum ini, pihak Gardenia KL juga pernah mengeluarkan notis kenaikan harga pada 1 September 2022.

Baca juga Makan roti naan cheese leleh tak kira siang atau malam. Ini 5 lokasi supper ideal bawa anak isteri isi perut

Ketika itu, pihak Gardenia memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.

Antara produk Gardenia yang naik harga meliputi rangkaian terkenal roti krim Gardenia, ban, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

Berikut antara harga baharu produk Gardenia yang tersenarai itu berkuatkuasa 1 Oktober 2023;

  • Gardenia Numee – RM2.00 (*Harga lama RM1.90)
  • Gardenia Numee Keluarga – RM3.20 (*Harga lama RM2.80)
  • Gardenia Fluffy Buns 6pcs Corn Custard – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
  • Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Malty Chocolate – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
  • Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Adzuki Red Bean – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
  • Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.60 (*Harga lama RM1.30)
  • Gardenia Puazz! Kari Ayam – RM2.60 (*Harga lama RM2.50)
  • Gardenia QuickBites Chocolate, Vanila, Butter Sugar, Corn – RM1.20 (*Harga lama RM1.10)

Baca juga Roti canai homemade garing & nipis, senang sangat nak buat tak perlu tebar pun

  • Gardenia Quickbites Salted Caramel, Black Forest – RM 1.70 (*Harga lama RM1.60)
  • Gardenia QuickBites Butter Toffee, Red Bean – RM1.50 (Harga lama RM1.40)
  • Gardenia Double Choc Muffins – RM2.30 (Harga lama RM2.20)
  • Gardenia Twiggies Tiramisu, Peanut Butter Bounce, Dream Cream, Choc-a-lot – RM2.10 *Harga lama RM2.00)
  • Gardenia Squiggles Strawberry, Choco Malto – RM1.60 (*Harga lama RM1.50)
  • Gardenia Sandwich Bread Rolls – RM3.00 (*Harga lama RM2.90)
  • Gardenia Toast’em Waffles – RM1.60 (*Harga lama RM1.50)
  • Gardenia Auntie Rosie Kaya Pandan / Original – RM3.80 (*Harga lama RM3.50)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

5 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

6 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

21 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

22 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

22 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

22 hours ago