Perbezaan antara matcha dan teh hijau yang anda perlu tahu

MATCHA dengan teh hijau mempunyai rasa serta warna hampir sama dan ia dihasilkan daripada tumbuhan yang sama iaitu pokok Camellia Sinesis.

Tetapi kenapa kedua-duanya berbeza? Ini kerana matcha dan teh hijau merupakan dua produk yang berbeza.

Jom kita semak lima perbezaan antara matcha dengan teh hijau.

1. Secara fizikal

Kedua-duanya dihasilkan daripada tumbuhan yang sama, tapi hasil selepas diproses menjadikan matcha dan teh hijau berbeza. Matcha adalah serbuk halus, untuk membuat matcha daun teh difermentasi selama 20-30 hari sebelum dikeringkan dalam masa yang singkat supaya warna hijau daun tidak pudar. Kemudian ia dikisar menjadi serbuk halus. Sedangkan teh hijau secara mata kasar masih nampak kepingan halus daun teh yang dikeringkan. Sama seperti serbuk biasa yang ada dijual di pasaran.

Iklan
Iklan

2. Perbezaan warna

Warna matcha dan teh hijau juga berbeza, matcha lebih cenderung menghasilkan warna hijau yang lebih pekat berbanding teh hijau biasa. Teh hijau cenderung menghasilkan warna kuning kehijauan.

3. Rasa

Matcha dan teh hijau, kedua-duanya mempunyai rasa yang tersendiri apabila dibancuh dengan air panas. Namun matcha cenderung lebih creamy tekstur dan rasanya hampir sama dengan rumpai laut dan boleh dilihat dengan warna hijau segar dan tidak rasa pahit selepas meminumnya.

Teh hijau pula, selepas dibancuh ia lebih jernih sedikit hijau kekuningan. Sebaik menikmatinya, anda akan mendapatkan sensasi rasa segar yang ringan. Dan selepas meminumnya, anda akan merasa sedikit kelat dan pahit.

4. Cara pengambilan

Matcha boleh diambil dengan pelbagai cara berbanding teh hijau. Sebagai minuman matcha boleh dibancuh dengan air panas untuk dijadikan latte atau dicampur bersama susu dan untuk makanan, matcha boleh dicampur ke dalam adunan kuih, puding dan juga aiskrim. Sedangkan teh hijau hanya sesuai dinikmati sebagai minuman sahaja. Ia mesti dibancuh dengan air panas, kemudian dibiarkan teh larut hingga 3-4 minit sebelum ditapis dan dituang ke dalam cawan. Untuk menikmati rasa secara maksimun, ambilnya tanpa gula, madu atau pemanis lainnya.

PERBEZAAN warna teh hijau dan matcha.

5. Perbezaan harga

Teh hijau dijual dengan harga yang lebih murah dibandingkan dengan matcha, terutama jika membelinya dalam bentuk minuman. Selain itu matcha juga dijual dengan harga yang berbeza bergantung dengan kualitinya. Matcha untuk memasak biasanya lebih murah dibanding dengan matcha yang digunakan untuk upacara-upacara khusus.

Dah tahu perbezaannnya, terpulang pada anda untuk lebih cenderung mengambil matcha atau teh hijau. Namun kedua-duanya kaya dengan antioksidan yang tinggi. Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: CANVA,EVERYONESTEA

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

21 mins ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

1 hour ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

16 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

17 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

17 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

17 hours ago