BERITA baik buat bakal raja sehari! Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November kini dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun kebenaran tersebut hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Katanya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temu janji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.
“Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.
Namun orang ramai juga perlu diingatkan menerusi notis makluman yang dikongskan oleh Dr. Zulkifli tersebut, pelaksaaan Majlis Akad Nikah ini hanya dibenarkan kepada :
Pihak yang terlibat juga hendaklah membuat janji temu dengan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.
Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah:
Pihak yang terlibat hendaklah menjalani saringan di pintu masuk iaitu:
Pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit.
Semoga bermanfaat!
BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…
IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…
“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…
KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…
BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…
PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…