PRN Sabah: Senarai SOP lengkap hari mengundi dan ketika penjumlahan rasmi undi
MENJELANGNYA hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16 esok, SinarPlus kongsikan senarai lengkap SOP untuk pengundi jadikan panduan.
Moga SOP ini dapat kita turuti kerana ia sangat penting dalam usaha untuk membanteras penularan Covid-19.
Inilah garis panduan pencegah Covid-19 di tempat mengundi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kawalan kehadiran pengundi
- Petugas pilihan raya perlu memastikan penjarakan sosial di khemah saringan suhu badanadalah sentiasa dipatuhi.
- Kehadiran di pusat mengundi termasuklah Ahli/Pegawai SPR, PDRM, petugas pilihan raya, petugas media, ejen parti/calon dan pemerhati pilihan raya perlu dalam bilangan yang minima.
- Ejen parti/calon yang telah selesai bertugas atau pengundi yang telah selesai mengundi perlu segera meninggalkan pusat mengundi.
- Nama pengundi dan nombor telefon akan direkodkan di pintu keluar pusat mengundi SEBELUM pengundi meninggalkan pusat mengundi.
Saringan suhu badan
- Beberapa stesen saringan suhu badan akan disediakan di pintu utama semua pusat mengundi.
- Semua individu yang hadir perlu melalui saringan suhu badan. Stesen saringan suhu badan khas bagi pengundi warga emas dan OKU akan disediakan.
- Individu yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C, batuk atau selsema perlu diasing dan ditempatkan di tempat khas (khemah khas untuk memangkah) untuk tindakan lanjut.
Penjarakan sosial
- Bilangan maksimum pengundi bagi setiap saluran adalah 400 orang.
- Jumlah saluran ditambah bagi mengelakkan kesesakan di saluran. Petugas pilihan raya perlu memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter sentiasa dipatuhi oleh pengundi.
- Pengundi berusia 60 tahun ke atas dan OKU akan mengundi di saluran 1 dan diasingkan dari pengundi lain.
- Cadangan masa yang digalakkan bagi setiap pengundi untuk keluar mengundi dinyatakan di dalam Voter’s Card bagi mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa. Peringkat waktu yang ditetapkan adalah:
i. 8.00 pagi-10.00 pagi
ii. 10.00 pagi -12.00 tengahari
iii. 12.00 tengahari – 2.00 petang
iv. 2.00 petang - 4.30 petang
Artikel berkaitan: PRN Sabah: KKM rayu ikuti SOP bantu negara kawal penularan Covid-19
Penggunaan hand sanitizer oleh pengundi
Semua pengundi yang hadir untuk mengundi perlu menggunakan hand sanitizer di empat tempat berikut:
i. Di pintu masuk pusat mengundi;
ii. Di pintu masuk saluran;
iii. Di dalam saluran (selepas proses mencelup jari dengan dakwat kekal iaitu sebelum menerima kertas undi)
iv) Di pintu keluar pusat mengundi
Penggunaan kerusi roda
Petugas pilihan raya hendaklah memastikan penjarakan sosial dikekalkan sewaktu mengendalikan pengundi yang menggunakan kerusi roda.
Kerusi roda hendaklah disanitasi setiap kali selepas digunakan.
Pengundi yang bergejala
Pengundi yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C, batuk atau selsema hendaklah diasingkan serta-merta daripada pengundi yang lain dan mengundi di tempat khas (khemah khas untuk memangkah).
Dakwat ditandakan di jari telunjuk kiri pengundi menggunakan berus yang dipakai buang bagi setiap pengundi bergejala.
Pengundi kemudiannya WAJIB memakai sarung tangan pakai buang (getah) sebelum memegang kertas undi dan ke petak mengundi di dalam khemah khas untuk memangkah undi.
Petugas yang terlibat mengendalikan individu bergejala hendaklah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan serta memakai PPE (penutup hidung dan mulut, apron, pelindung muka dan
sarung tangan) sepanjang mengendalikan individu berkenaan.
Petugas perlu membuat sanitasi tangan sekerap mungkin (sambil memakai sarung tangan) setiap kali berurusan pengundi bergejala.
Pembersihan dan sanitasi petak mengundi perlu dilakukan setiap kali pengundi yang bergejala selesai menanda kertas undi masing-masing.
Pengundi bergejala akan diuruskan oleh Pegawai KKM yang bertugas untuk tindakan lanjut.
Pengundi yang positif Covid-19 dan dikuarantin semasa hari mengundi
Bagi pengundi yang berstatus COVID-19 positif, mereka adalah TIDAK DIBENARKAN keluar dari hospital untuk mengundi kerana masih dalam rawatan dan sememangnya masih berjangkit
dan boleh membawa jangkitan kepada awam selagi mana masih dalam rawatan.
Pengundi berstatus patient under investigation (PUI) dan person under surveillance (PUS) yang ingin mengundi HENDAKLAH MEMOHON KEBENARAN dari Pegawai Kesihatan
Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan, untuk keluar sementara ke Pusat Mengundi. Kebenaran ini adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh Pegawai Kesihatan Daerah tersebut dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
Pengundi yang berada di luar sempadan daerah/ negeri semasa hari mengundi
Pengundi adalah DIBENARKAN untuk merentas sempadan daerah/negeri bagi tujuan mengundi namun masih tertakluk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang
berkuatkuasa.
Penandaan dakwat pilihan raya
- Dakwat ditandakan di jari telunjuk kiri pengundi menggunakan berus yang dipakai buang bagisetiap pengundi.
- Pengundi kemudiannya dikehendaki memakai sarung tangan yang disediakan sebelum menerima kertas undi dan ke petak undi untuk mengundi.
- Selepas memasukkan kertas undi ke dalam peti undi, sarung tangan tersebut perlu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Kawalan media
- Kehadiran petugas media di pusat-pusat mengundi adalah pada bilangan yang minima.
- Sesi sidang media/temuramah di pusat-pusat mengundi akan ditetapkan oleh SPR bagi memastikan pematuhan penjarakan sosial.
- Temubual secara spontan (terjah) atau di luar masa yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.
Sementara SOP ketika penjumlahan rasmi undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) pula adalah:
Kawalan kehadiran
- Bilangan laluan masuk ke PPRU perlu dihadkan bagi tujuan kawalan (laluan media, laluan calon dan laluan Ahli/ pegawai SPR/ petugas pilihan raya)
- Kehadiran di PPRU termasuklah Ahli/Pegawai SPR, PDRM, petugas pilihan raya dan petugas media perlu dalam bilangan yang minima.
- Hanya 2 orang pemerhati dibenarkan hadir semasa penjumlahan rasmi undi.
- Penyokong parti TIDAK DIBENARKAN hadir ke PPRU dan aktiviti berkumpul atau perarakan oleh penyokong parti TIDAK DIBENARKAN sama sekali di mana-mana tempat sebelum, semasa atau selepas penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.
- Khemah modula di luar dewan (untuk petugas pilihan raya) disediakan dengan jumlah kapasiti minima di dalam setiap khemah dan mengekalkan penjarakan sosial.
Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang bergejala
- Bagi penghantaran peti undi di PPRU, KTM yang didapati bergejala ketika saringan perlu diasing dan ditempatkan di khemah khas dengan serta-merta.
- Petugas pilihan raya perlu ditempatkan di khemah khas bagi urusan penerimaan peti undi dan dokumen pilihan raya manakala kakitangan dari KKM perlu ditempatkan bagi tujuan khidmat
bantuan perubatan dan kawalan infeksi untuk kes individu bergejala.
- Petugas yang terlibat mengendalikan individu bergejala hendaklah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan serta memakai PPE (penutup hidung dan mulut, apron, pelindung muka dan
sarung tangan) sepanjang mengendalikan individu berkenaan.
- Petugas pilihan raya akan mengambil gambar dokumen pilihan raya dan kemudiannya dihantar kepada petugas di dalam dewan PPRU untuk tindakan seterusnya.
- Selepas selesai urusan penjumlahan rasmi undi, individu bergejala tersebut akan diuruskan oleh pegawai KKM bertugas untuk tindakan lanjut.
Sumber: Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) N23 Chini - SPR (4 Julai lalu dalam tempoh PKP)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang